[Gambar] Bila Perempuan Jadi Lelaki, Gambar No 1 Tu Paling Dasyat

 

 

Seperti yang kita ketahui ‘Transgender’ adalah istilah yang digunakan untuk merujuk individu yang mungkin bertindak, berfikir, mempunyai perasaan atau ketrampilan yang berbeza daripada jantina lahir atau biologi mereka dan ada yang sanggup melakukan pembedahan untuk menukar jantina. Kebiasaannya kita lihat lelaki cantik tetapi kali ini, perempuan juga mahu menjadi hensem.

 

1. Buck Angel

Buck Angel, seorang pelakon dan penerbit filem porno terkenal di Amerika Syarikat merupakan seorang transgender. Suatu ketika dahulu, dia pernah menjadi model wanita sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bagi menghilangkan payu daranya dan tampil lebih maskulin.

 

2. Balian Buschaum

Balian Buschaum atau nama asalnya Yvonne Buschaum merupakan bekas atlet lompat tinggi German namun terpaksa melupakan impiannya dalam bidang sukan kerana mengalami kecederaan, juga kerana keinginannya menukar jantina. Setelah selesai menjalani surgeri, dia menukar namanya dan mahu dikenali sebagai Balian.

 

3. Loren Cameron

Bekerja sebagai seorang jurugambar, penulis dan aktivis transeksual, Cameron digambarkan bapanya sebagai seorang ‘tomboy’ kerana dibesarkan di sebuah ladang dan ditugaskan membuat kerja-kerja kasar. Dia pernah menerbitkan buku (Body Alchemy and Man Tool – The Nuts and Bolts of Female-to-Male Surgery) yang menampilkan perubahan fizikal transeksual yang melakukan pembedahan menukar jantina.

 

4. Jake Zyrus

Jake Zyrus atau nama asalnya adalah Charmaine Clarice Relucio Pempengco yang berasal dari Filipina ini merupakan seorang penyanyi serba boleh yang memiliki suara yang sangat sedap. Oprah Winfrey sendiri menamakan Charice sebagai “the most talented girl in the world” sebelum melakukan penukaran jantina. Selain itu, Zryus memiliki bakat mempelbagaikan suaranya dan Josh Groban mengakui Zyrus memiliki suara yang sangat sedap dan unik yang sangat jarang didengari pada zaman sekarang.

 

5. Thomas Beatie

Thomas Beatie pernah mengejutkan masyarakat seluruh dunia apabila dia digelar lelaki pertama yang mengandung. Namun hakikatnya, Beatie merupakan seorang transgender dan mula mengambil pil hormon ketika berusia pertengahan 20-an. Walaupun demikian, dia mengambil keputusan untuk mengekalkan alat sulitnya, oleh kerana itu, dia kini memiliki tiga anak yang dikandungnya sendiri.

 

6. Ryan Sallans

Ryan Sallans atau nama asalnya Kimberly Ann Sallans merupakan seorang transgender yang juga aktivis di Amerika Syarikat. Dia kini menjelajah ke seluruh negara itu bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan sepertinya.Dia selesai menjalani beberapa siri pembedahan pada 2005 dan berjaya tampil sebagai seorang lelaki kacak

 

7. Jaimie Wilson

Jaimie merupakan seorang penyanyi dan pemuzik country. Dia merupakan anak keempat dalam adik-beradiknya dan dia memiliki 3 orang abang. Jaimie mengakui yang dia sudah mempunyai naluri untuk menjadi seorang lelaki pada usia 5 tahun. Namun begitu, dia tidak pernah menyatakan kepada sesiapa tentang perasaan itu memandangkan keluarganya agak konservatif dan sangat menentang isu penukaran jantina ini. Namun akhirnya dia nekad melakukan pembedahan itu pada tahun 2015 dan masih meneruskan karya muziknya sampai hari ini.

 

Bagaiamanapun,kita sebagai umat islam menjauhkan diri daripada mengubah kejadian tuhan dan sentiasa bersyukur.

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *