SPR Minta Orang Ramai Jangan Percaya Tarikh Viral Tentang Pembubaran Parlimen

Share This:

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta orang ramai tidak mempercayai beberapa tarikh yang tular di media sosial yang dikatakan tarikh Parlimen dibubarkan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata tarikh-tarikh yang viral itu adalah tidak munasabah sama sekali.

“Kononnya pembubaran Parlimen akan berlaku pada 11 Januari 2018, manakala penamaan calon pula pada 11 Mac dan hari pengundian ditetapkan pada 25 Mac 2018 adalah langsung tidak munasabah kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi tempoh 60 hari.

“Seperti mana yang dinyatakan di bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia bubar,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Tegasnya, hak untuk membubarkan Parlimen adalah di bawah perkenan Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Taktik mencipta tarikh-tarikh yang kemudian diviralkan ini adalah kerja Pakatan Harapan (PH) untuk mengelirukan rakyat dan membuatkan rakyat berfikir bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kebijaksanaan dalam merancang masa untuk kemudahan rakyat untuk keluar mengundi nanti.

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isyarat yang diberikan sudah jelas bahawa PRU sudah semakin hampir kerana tempoh mandat dari PRU ke-13 akan tamat pada Jun tahun depan yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi selepas negara masuk ke tahun baru 2018 nanti.

Pada Rabu depan, BN akan mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Tertinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dikatakan perbincangan berkenaan PRU ke-14 nanti.

Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seperti yang dimaklumkan beberapa pemimpin parti komponen BN, termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Ya, ada,” kata Timbalan Presiden GERAKAN, Datuk Dr Cheah Soon Hai yang dipetik BH Online.

Namun beliau enggan mengulas lanjut.

Sumber Parti Bersatu Sabah (PBS) juga mengesahkan menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat khas itu, namun enggan mengulas lanjut apa yang akan dibincangkan.

“Ya, …memang betul ada jemputan untuk menghadiri mesyuarat tertinggi BN dan saya pasti ia juga diterima parti komponen lain dari Sabah,” katanya.

Perkembangan terbaru itu menguatkan lagi spekulasi berhubung PRU-14 diadakan pada awal tahun depan, dengan Parlimen dijangka dibubarkan selepas sambutan Tahun Baru Cina yang disambut pada pertengahan Februari.

Malah pada bulan lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan PRU14 akan diadakan selepas Tahun Baru Cina yang disambut pada 16 dan 17 Februari depan.

“Jangan lupa hari besar (Tahun Baharu Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada ‘hari besar’ lain. Kalau dulu bikin silap (tak undi BN) tak apa, saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan bikin silap lagi,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*