PMSP Gesa Rakan Sekolah Kit Siang Tampil Ke Depan

Share This:

Sebuah badan bukan kerajaan yang pro-Barisan Nasional (BN) hari ini menyeru kepada mana-mana pihak yang pernah menjadi kawan kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika di sekolah rendah supaya tampil dan menjelaskan beberapa perkara kepada orang ramai.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata pemimpin DAP itu sehingga hari ini bermain taktik politik kerana enggan mendedahkan butiran berkenaan tempat kelahirannya serta di mana lokasi kubur ibu bapanya.

“Saya mohon dan rayu kawan-kawan sekolah rendah yang pernah ajar Lim Kit Siang, tampil ke hadapan, amat penting sehingga ke hari ini, untuk kami tahu di mana sekolah rendah Kit Siang menjalani alam persekolahannya,” kata Ramesh dalam kenyataan itu.

Kenyataan ringkas itu dimuatnaik sebagai status dalam laman sosial Facebook rasm beliau, hari ini.

Menurut beliau, orang ramai dan pemerhati politik tidak tahu mengapa Kit Siang begitu bersungguh-sungguh menyembunyikan identiti tentang dirinya sehingga Kit Siang pernah memarahi seorang wakil media yang bertanyakan soalan kepada beliau berkenaan isu itu.

“Kita bimbang, Kit Siang ada agenda lain yang buruk terhadap negara jika perkara ini terus dirahsiakan kerana bermacam-macam khabar angin dan desas-desus yang kita dengar termasuk Kit Siang ada berketurunan dari komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM) yang melakukan kerosakan dalam negara.

“Cerita pasal kelahiran dan tempat asal Kit Siang pun banyak yang mencurigakan, kita tidak tahu mana satu yang benar dan boleh dipercayai,” katanya.

Oleh itu, Ramesh berharap mereka yang pernah berkawan dengan Kit Siang di peringkat sekolah rendah agar tampil ke depan dan menjelaskan perkara itu demi kebaikan rakyat kerana mereka begitu ingin tahu akan asal usul Kit Siang.

“Kalau boleh, kita ingin tahu sekali asal usul Lim Guan Eng anak kepada beliau. Kita tahu, ada yang kata isteri Kit Siang dikatakan tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik, kalau berasal dan lahir di negara ini, mana mungkin perkara itu berlaku.

“Jika mereka belajar di Malaysia dan lahir di sini takkanlah mereka tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Kit Siang di dalam Dewan Rakyat pun Bahasa Melayu yang digunakan bukan begitu fasih pun,” kata Ramesh.

Sebelum ini, PMSP ada membuat tawaran wang tunai RM5,000 kepada sesiapa yang boleh menunjukkan di mana kubur ibu bapa Kit Siang sebagai salah satu usaha mengenalpasti asal usul dan keturunan Kit Siang yang sebenar bukannya dari maklumat-maklumat bercanggah di internet.

Comments

comments

Related Post

One thought on “PMSP Gesa Rakan Sekolah Kit Siang Tampil Ke Depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*