Kesan Pengelakan Cukai Pada Negara : Bahagian 2

Share This:

Umum mengetahui secara global setiap tahun sebanyak USD500 bilion kerugian setiap tahun dari hasil kutipan cukai disebabkan oleh pengelakan cukai yang dilakukan oleh syarikat atau persendirian.

Amerika Syarkat juga menganggarkan negara tersebut kehilangan hasil negara sebanyak USD458 bilion sejak tahun 2008-2010. Kajian oleh Professor James S Henry dari Universiti Columbia kepada Tax Justice Network mendedahkan USD12 trilion telah dibawa keluar dari negara Rusia, China dan negara-negara membangun yang lain ke akaun luar pesisir.

Tidak kurang juga kajian oleh United Nation World University (UNU-WIDER), menganggarkan negara tersebut kehilangan hasil negara melalui percukaian syarikat sebanyak USD188.8 bilion setiap tahun dan negara China berada di tempat kedua dengan anggaran kerugian kehilangan cukai setiap tahun sebanyak USD66.8 bilion.

Jumlah tersebut adalah sangat signifikan memandangkan jenayah kewangan ini berlaku di kalangan negara-negara maju yang didominasi oleh Amerika Syarikat. Di Asia juga tidak kurang hebatnya, Laporan Integriti Kewangan Global 2015 mendedahkan negara-negara Asia menyumbangkan 38.8% daripada anggaran USD7.8 trilion kehilangan hasil dari negara-negara membangun disebabkan oleh aliran wang keluar secara haram dari tahun 2004-2013.

Menurut kajian daripada UNU-WIDER lagi, kerugian yang signifikan dari pengelakan cukai terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut negara seperti yang ditunjukkan dalam carta di atas.

Carta di atas menunjukkan kesan pertumbuhan KDNK mengikut negara yang paling teruk akibat kerugian hasil cukai yang tidak berjaya dikutip. Kebanyakan kesan amat ketara terutama kepada negara yang miskin atau tidak maju atau berpendapatan sederhana.

Memetik kata kata dari Oliver Wendell Holmes Jr, “I like to pay taxes. With them, I buy civilization.” Oleh itu, pembangunan sesebuah negara bergantung kepada hasil kutipan cukai yang sebenar. Manakala kemerosotan kutipan hasil negara ini memberikan impak kepada krisis ekonomi yang bakal berdepan dengan banyak masalah kepada rakyat secara keseluruhannya.

Maka apabila ditanya tentang kebertanggungjawapan, maka tanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan yang telus adalah merupakan kewajipan setiap individu yang layak bagi sama-sama menyumbangkan kepada pembangunan negara yang kita cintai.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*