Iqram Dinzly Terima Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan

Share This:

Baru-baru ini pelakon Iqram Dinzly kini sering menjadi bualan netizen gara-gara berkelakuan pelik yang menimbulkan tanda tandanya dan kerisauan peminatnya dan netizen.

 

Selepas beberapa video ‘live’ di Instagram dengan tarian aneh dan pelik sehingga menarik pelbagai pihak. Ada yang menganggap Iqram mengalami kemurungan selepas kematian ayahnya.

 

Isu pelakon tersebut turut menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri sehingga beliau menulis surat terbuka khas di facebooknya untuk pelakon tersebut.

 

Menerusi surat terbuka di facebooknya semalam, Mufti Wilayah Persekutuan menjemput datang ke pejabatnya di Putrajaya untuk sesi perkenalan dan perbincangan tentang keadaan semasa yang dialami Iqram susulan kelakuan ‘aneh’ yang dilakukan Iqram menerusi muat naik dan video langsung (live video) di Instagram.

 

“Akhir kalam, kami menjemput saudara Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain, juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan saudara.

 

“Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan,” katanya.

 

Malah, Zulkifli turut menasihati Iqram untuk mendekati Al-Quran selain memuji beliau yang seringkali berzikir.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*