Gelombang Cuaca Paling Sejuk Bakal Melanda Arab Saudi

Share This:

Rakyat Saudi bakal berhadapan dengan gelombang cuaca paling sejuk di negara itu dan mereka perlu bersiap sedia untuk menghadapi  suhu sejuk melampau di bawah sifar di sebahagian daerah.

 

Dipanggil “Bard Al-Ansaf”, ia dijangka mencapai kemuncaknya atau mencecah suhu sejuk terendah pada hari ini dan esok – menurut pakar-pakar seperti yang dipetik oleh laman Saudi Gazette semalam.

 

“Dalam tempoh ini suhu akan jatuh sehingga tujuh darjah Celsius di kebanyakan daerah di Arab Saudi manakala sebahagian daerah di bahagian utara akan mengalami suhu di bawah sifar,” kata seorang pakar cuaca.

 

Seorang jurucakap Penguasa Utama Meteorologi dan Perlindungan Sekitaran mengecualikan kemungkinan turunnya salji semasa musim sejuk dahsyat ini.

 

“Ramalan cuaca menunjukkan bahawa semua daerah di Saudi akan dilanda deruan angin sejuk yang dahsyat dengan suhu menjunam dan daerah bahagian utara pula mengalami suhu di bawah sifar,” kata beliau.

 

Seorang Profesor Geografi di Universiti Qassim, Dr. Abdullah Al-Musnad, berkata Saudi sudah memasuki tempoh “Bard Al-Ansaf”, di mana cuasa sejuk berada pada kemuncaknya.

 

Beliau berkata suhu akan menjunam di bahagian utara manakala deruan angin sejuk secara tiba-tiba akan melanda bahagian tengah dan timur mulai semalam.

 

“Deruan angin sejuk itu akan mencecah paras paling dahsyat hari ini dan esok,” kata Dr. Abdullah kepada akhbar Al-Hayat Arabic.

 

Meskipun pakar cuaca mengatakan semua daerah di Saudi akan dibelenggu cuaca sejuk yang mencecah paras bawah tujuh darjah Celsius, suhu dari satu daerah ke daerah lain tidak banyak berbeza, lapor Saudi Gazette.

 

Suhu akan terus turun pada sebelah malam dengan musim sejuk mencecah puncaknya dalam tempoh dua minggu mendatang disebabkan angin sejuk yang bertiup dari padang pasir Siberia, menurut Dr. Abdullah lagi.

 

“Terdapat angin kencang dalam tempoh 72 jam mendatang menyebabkan kadar penglihatan menjadi kurang jelas di lebuh raya disebabkan oleh kumpulan udara sejuk dari lembangan timur Laut Mediterranean sekali dengan aliran udara panas dari Laut Merah,” jelas beliau.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*