Fatwa Dan Auta Azhar Idrus

Share This:

KITA semua tahu bahawa Azhar Idrus tidak mendapat sebarang pendidikan formal Islam dari mana-mana Universiti atau pun mana-mana sekolah pondok yang terkemuka. Beliau dikatakan belajar hanya melalui Talaqqi iaitu belajar secara bersemuka atau berhadapan dengan guru tertentu.

Oleh itu, kata-kata beliau tidak boleh dianggap sebagai fatwa memandangkan fatwa memerlukan ulama’ yang benar-benar faham dengan hukum Allah secara menyeluruh. Dan yang paling penting Fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh mufti sesebuah negeri sebelum disokong majlis agama Islam negeri tersebut.

Baru-baru ini Azhar Idrus seolah-olah mengeluarkan fatwa mengenai hukum wanita Muslim mengambil gambar di kedai bukan Islam. Adakah beliau keliru antara ambil gambar bertudung dengan mendedahkan aurat kepada bukan muhrim? Jangan terlalu teruja mengeluarkan “fatwa” sendiri.

Azhar yang terkenal dengan ceramah pekat dengan pelat Terengganu berkata langkah larangan itu perlu diambil jika seseorang wanita mempunyai pilihan.

“Kalau orang perempuan, jangan ambil gambar di kedai orang kafir selama mana ada kedai orang Islam. Jangan, tidak boleh.

“Orang lelaki tiada apa. Gambar kita ini, orang perempuan, anak dara kita, isteri kita, jangan bagi duduk pada tangan orang kafir.

“Yang lepas-lepas hendak buat macam mana. Yang akan datang jangan ambil gambar di kedai orang kafir,” katanya.

Azhar membuat kenyataan itu selepas ditanya mengenai hukum mengambil gambar. Jawaban berkenaan disiarkan portal dalam talian PAS, Harakahdaily.

Menurut sumber, jika seseorang ustaz mengeluarkan “fatwa” itu adalah pandangan peribadi individu terbabit.

Masihkah anda ingat sebelum ini Azhar Idrus telah pun terbukti berbohong. Pada tahun 2012 beliau dikatakan bercakap tentang hukum memberi sokongan kepada Mc Donalds. Namun dalam masa yang sama Azhar Idrus “kantoi” kerana sedang berada di restoran Mc Donald di sebuah pusat membeli belah di Melaka.

Apabila orang membangkitkan perkara itu, Azhar Idrus memberi alasan yang dia tidak makan minum di Mc Donald. Sebaliknya cawan kopi Mc Donald yang didepannya adalah air nescafe yang dibeli di kedai sebelah dan dituang ke dalam cawan Mc Donald tersebut. Logik ke?

Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam mendengar dan mempercayai butir percakapan Azhar Idrus. Itu bukan pertama kali beliau mengeluarkan kenyataan yang salah dan sudah pasti banyak kali lagi beliau akan berbuat demikian selagi ada orang yang sanggup mendengar pembohongan beliau.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*