Bila Belanja Sekolah Anak Bising, Belanja Mewah Diri Sendiri Tiada Masalah Pula?

Share This:

 

Segelintir manusia yang tidak pernah rasa syukur malah bertindak melampau dengan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada pihak-pihak tertentu. Seorang wanita bernama Roslizawati Wann ini mendakwa isu perbelanjaan sekolah anak-anak begitu dahsyat sehingga mengambil langkah menyalahkan pihak lain yang tidak ada kena mengena dengan isu tersebut.

 

Dalam perkara ini beliau dilihat gagal membandingkan perbelanjaan mewah diri sendiri dengan perbelanjaan persekolahan anak-anak. Rakyat Malaysia turut mempertikaikan kenyataan beliau itu.

 

Boleh jelaskan sekolah mana yang mengenakan bayaran tambahan sebegini? Jika mahu dikatakan bayaran tersebut adalah bayaran sumbangan PIBG untuk sekolah bantuan penuh kerajaan adalah tidak logik kerana penggal persekolahan belum pun bermula dan mesyuarat PIBG bagi menentukan sumbangan sudah tentu juga belum diadakan.

 

 

 

Untuk pengetahuan umum, yuran persekolahan sudah dimansuhkan. Kutipan yang dibuat oleh sekolah pada setiap tahun ketika ini adalah sumbangan untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sumbangan bagi Program Peningkatan Akademik (PPA) yang dirancang pihak sekolah.

 

Memetik sumber, sumbangan untuk PIBG adalah sinonim dengan yuran PIBG, seperti kelaziman persatuan lain mengenakan yuran kepada ahlinya. Kebiasaannya satu keluarga, satu yuran. Ada juga PIBG mengenakannya mengikut bilangan anak yang bersekolah. Bergantung kepada persetujuan dalam mesyuarat agung.

 

Sumbangan bagi PPA pula bertujuan membiayai semua kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam pelajaran mereka.

 

Masalah segelintir ibu bapa masa kini kadang-kala mendakwa isu bayaran yang dikenakan begitu mahal dan sebagainya tanpa memikirkan pula kelas tambahan yang perlu dibiayai . Sedangkan segelintir ibu bapa  sendiri yang mahu para guru mengadakan kelas tambahan bagi meningkatkan prestasi pelajar di sekolah . Rakyat Malaysia menasihatkan wanita tersebut agar bercakap dengan cerdik dan tidak membabi buta menyalahkan pihak lain dalam isu ini.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*