Bersengketa Dengan UMNO Dan PAS, DAP Memang Anti-Melayu

Share This:

Kedegilan DAP mahu berbuat baik dengan parti Melayu yang tidak memihak kepadanya bukti DAP sebenarnya memang parti anti-Melayu.

Kata-kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 2012 bahawa DAP bukan parti anti-Melayu adalah satu kenyataan bohong yang dibuat hanya untuk memberi janji manis kepada orang Melayu supaya mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

DAP kini sedang bersengketa besar dengan dua parti terbesar orang Melayu dalam negara iaitu PAS dan UMNO. Ini kerana kedua-dua parti itu langsung tidak memihak kepada mereka malahan sentiasa membidas fitnah dan tuduhan jahat mereka ke atas kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Parti pimpinan Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng itu walaupun sudah tidak ada modal atau isu hendak hentam kerajaan, mereka tetap hentam sampai sanggup memfitnah bertujuan merosakkan pandangan rakyat kepada imej kerajaan.

Leluhur mereka ialah parti pembangkang jadi mereka ambil jalan membangkang apa sahaja dan tidak ada apa pun perkara yang akan dianggap baik oleh DAP jika ia dari kerajaan. Oleh kerana parti tunjang BN ialah UMNO, DAP begitu marah dan sentiasa memfitnah serta mengeji UMNO dengan apa cara sekalipun.

Kini, parti kedua terbesar, PAS sudah pun rapat dengan UMNO dalam banyak perkara. Ini membuatkan lagi DAP marah dan bersengketa pula dengan PAS dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Parti Melayu yang jadi sahabat DAP hanya parti yang ada niat tidak baik kepada orang Melayu lain sampai sanggup berbalah iaitu PKR dan PAN iaitu parti serpihan dari PAS. PAN dipimpin oleh Presiden yang merupakan bekas Timbalan Presiden PAS tapi kalah dalam pemilihan.

Sebab bengang dengan PAS, pemimpin ini termakan hasutan DAP yang kemudian bantu buat parti baru tapi kena ikut telunjuk DAP dan sama-sama benci PAS iaitu kaum orang Melayu Islam sendiri.

Jadi, Guan Eng tidak perlu sembang kata mereka bukan parti anti-Melayu kerana bukti di depan mata menunjukkan segala-galanya. Mereka benci orang UMNO dan mengejek Perdana Menteri yang juga Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpinnya.

Guan Eng, Kit Siang dan soldadunya dalam DAP bersengketa dengan PAS serta tuduh PAS dengan macam-macam tuduhan yang memalukan Abdul Hadi. DAP jugak tidak pernah mahu menyatakan sokongan ke atas perkara yang berkaitan dengan Islam dan orang Melayu.

Jika berkuasa, DAP mahu hapuskan kepentingan bumiputera dan mahu semua orang dilayan sama rata. Jika mereka tidak anti-Melayu, mengapa mereka tidak boleh berunding dengan baik jika mahu melupuskan elemen berkenaan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*