Ahli Pembangkang Sabah Gelar Umat Islam Yang Menolak Tindakan Penaklukan Israel Terhadap Palestin Sebagai Murtad

Share This:

Menerusi laman sosial Pemimpin politik pembangkang Sabah, David Orok menggelarkan umat Islam yang menolak tindakan penaklukan rejim zionis Israel ke atas Palestin sebagai ‘murtad’ kerana kononnya telah menolak kehendak sebenar al-Quran. Menurut tokoh politik beragama Kristian itu, kitab suci umat Islam iaitu al-Quran sendiri telah menyatakan bahawa Allah telah menyerahkan pemilikan tanah suci tersebut kepada orang Israel dan bukannya kepada rakyat Palestin.

 

Beliau berkata, “Anda sudah murtad dari Islam kerana tidak beriman dengan maksud ayat-ayat Quran yg berikut:- 1). Q.S 2:58, 2). Q.S 4:154, dan 3). Q.S 10: 93.” “Yang mana ketiga-tiga ayat Quran di atas menyatakan bahawa Allahlah yg menyerahkan tanah (wilayah) itu kepada bani Israel dan bukannya Palestin.”

 

Beliau mendakwa umat Islam yang membantah pencabulan ke atas tanah suci umat Islam itu bukan sahaja murtad, malah juga bersikap seperti Iblis kerana tergamak membantah kehendak Allah.

 

Beliau berkata, “Adakah ilmu anda setanding dengan ilmu Allah? Makanya anda membantah macam Iblis akan qadha dan qadar yang Allah sudah tentukan! Adakah anda sudah murtad? Makanya anda sudah tidak beriman pada qadha dan qadar?” “Apa yang umat Islam buat sekarang ini adalah sama macam perbuatan Iblis yang membantah tindakan Allah untuk mencipta manusia! Adakah kamu berniat mahu menyertai Iblis membantah kemahuan Allah?” “Sebenarnya cubaan Allah kepada umat Islam di seluruh dunia, sama ada kamu akur akan qadha dan qadar Allah atau membantahnya!” “Agak-agak ada umat Islam yang boleh PASS (lulus) kah dalam cubaan Allah ini?”

 

 

David Orok juga menolak dakwaan bahawa pengikut Nabi Musa daripada kalangan bani Israel adalah umat Islam kerana menurutnya, Nabi Musa telah pun wujud beribu tahun sebelum Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah. David Orok berkata, “Adakah umat Nabi Musa yang Islam macam anda sedangkan Nabi Musa hidup beribu tahun sebelum Muhammad lahir, dan mereka tidak pun mengenali siapa itu si Muhammad?” “Bercakap biar logik dan jangan jadi macam orang gila yang main lapas sembarangan saja bahasanya!”

 

 

Sambungnya lagi, “Jadi bagaimana ada Islam semasa zaman Nabi Musa sedangkan air mani yang akan menjadi Muhammad yang sepatutnya mereka imani ajarannya belum wujud?”

 

David Orok juga mendakwa tindakan sebahagian umat Islam melancarkan jihad adalah untuk membantu Allah yang menurutnya, tidak mampu berbuat apa-apa demi agama yang Dia turunkan itu. David Orok berkata, “Semua jihad berupa keganasan itu berlaku kerana mereka cuba “menolong” Allah mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa demi agama yang Dia turunkan itu.” “Semua teroris itu bermati-matian mempertahankan doktrin agama yang sangat sensitif (fragile) dan terlalu minima nilai toleransinya.”

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*