Rancangan Gulingkan Abdul Hadi Awang Sudah Bermula

Share This:

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini menyedari ada maklumat bahawa DAP sedang mendalangi usaha untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ini untuk menggagalkan perpaduan dalam kalangan bangsa Melayu yang semakin kuat antara PAS dan Umno pada ketika ini.

Presidennya Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini berkata, ada pemimpin dalam DAP sudah dilihat mula menyogok orang Pas untuk menjalankan usaha menjatuhkan Presiden sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berlangsung.

“Abdul Hadi adalah halangan terbesar usaha DAP untuk memecahbelahkan seluruh rakyat Malaysia daripada jadi kenyataan.

“Ketika ini, Umno dan PAS dilihat begitu rapat dalam perkara-perkara yang berkaitan rakyat, malahan sudah boleh duduk sepentas membela nasib bangsa memerlukan seperti Rohingya dan Palestin dalam isu Bailtulmaqdis.

“Abdul Hadi adalah halangan terbesar dalam hal ini, dan jika berjaya digulingkan, rakyat akan terus berjaya dipecah-belahkan oleh DAP,” kata Ramesh.

Beliau berkata di negara ini, penyatuan orang Melayu mampu membawa bangsa dan etnik lain sama-sama bersatu ke arah kebaikan dan kemajuan negara sehingga membuatkan pembangkang tidak akan sekali-kali membiarkan perkara itu berlaku.

Menurutnya, dulu mereka berjaya memecahbelahkan UMNO ketika Pas masih bersama-sama dalam pakatan pembangkang tapi kini mereka gagal kerana Pas sudah menyedari kerja jahat DAP melalui kepimpinan Abdul Hadi.

“Kini, DAP perlu memastikan Abdul Hadi jatuh untuk mereka terus menghasut orang PAS terus bermusuhan dengan orang lain supaya perpaduan yang menyeluruh tidak dapat diwujudkan,” katanya.

Ramesh berkata perhimpunan solidariti menyelamatkan Bailtulmaqdis Jumaat lepas adalah satu petunjuk bahawa rakyat dalam negara ini semakin bersatu apabila banyak badan bukan kerajaan NGO hadir di Masjid Putra di Putrajaya bersama-sama Najib menyuarakan bantahan kepada Amerika Syarikat (AS) yang mengikitraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Zionis itu.

Perkara itu adalah yang paling ditakutkan oleh DAP kerana jika semua rakyat bersatu, kemenangan Barisan Nasional (BN) tidak dapat dihalang lagi dan ramai pemimpin DAP akan tewas pada PRU ke-14 nanti.

“Jadi DAP akan melakukan apa sahaja untuk menggagalkannya, kerana DAP tidak mahu melihat rakyat negara ini bersatu.

“Perkara paling utama ketika ini ialah menjatuhkan Abdul Hadi dari jawatan sebagai Presiden PAS,” kata Ramesh.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*