Penjelasan Safiey Ilias Selepas Dikecam Netizen Buat Pembedahan Besarkan Payudara Semula

Share This:

 

 

Baru-baru ini, Safiey sekali lagi mengejutkan rakyat Malaysia apabila didakwa ingin membuat pembedahan membesarkan payudara di Bangkok berdasarkan foto terbarunya yang dikongsi tempoh hari. Ternyata, tindakan Safiey itu mengundang kritikan netizen yang menganggapnya sebagai mempersendakan agama.

 

Satu ketika dahulu, usahawan muda, Safiey Ilyas pernah menggegarkan seluruh rakyat Malaysia apabila dia ingin kembali ke pangkal jalan berubah daripada seorang ‘mak nyah’ menjadi lelaki semula. Namun, perubahan Safiey itu tidak bertahan lama apabila dia dikatakan kembali semula menjalani kehidupan lamanya.

 

Menerusi media sosial hari ini, Safiey telah memuat naik sebuah foto beserta kapsyen di Instagramnya untuk membalas semula tomahan masyarakat terhadap keputusannya itu.Ini respon Safiey Ilyas mengenai insiden tersebut:

 

 

Dia berkata semasa dia menjadi ‘mak nyah’ dulu, tiada seorang pon yang ingin mengajaknya berhijrah tapi bila dia sudah berhijrah, ramai pula ‘rakan’ baru ingin menumpang ‘glamour’.

 

“Masa ni kita jmpe sapa kawan sapa lawan. Sapa mengampu sapa penjilat. Paling sedih yg kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun ckp mcm2 dkt kita. Tp xpe lah tu bukan dosa kot. Huhu

 

Terdahulu, Safiey telah memuat naik gambar bersama teman lelakinya ketika berada di Bangkok. Mereka dilihat berada di salah sebuah klinik pembedahan plastik dan Safiey seolah-olah sedang memilih silikon di klinik tersebut dengan kapsyen “Final decision ”

 

 

 

 

 

😭 #Lelakicantik #perlashinekapsulmutiara #dsiempire #perlaking #31dec

A post shared by THE ONLY 1 SAFIEY ILLIAS (@safieyillias94) on

 

 

 

Bukan pasal mempersenda agama atau penunggang agama, adatlah iman naik dan turun. Daripada ckp yg buruk2 baik cakap yg baik2 dan doa yg baik2… sebab tu lah saya cakap masa saya jadi maknyah dulu, mana ada org nak dekati untuk berubah dan berhijrah.. semua bash.. bila kita hijrah, ramai pulak ‘rakan’ baru nak tumpang nama dan glamour kata saya lah sebab mereka berhijrah… kadang2 jgn suka label org mcm2 sebab kita tak faham apa yg mereka lalui… bila kita rasa diri kita lebih baik drpd orang, itulah sebenarnya kecelakaan besar dan bongkak dalam diri. Sebab iblis sendiri tak nak tunduk depan Nabi Adam sebab rasa diri lebih bagus. So elakkan sesekali rasa diri kita lebih baik dan bagus drpd org. . . Masa ni kita jmpe sapa kawan sapa lawan. Sapa mengampu sapa penjilat. Paling sedih yg kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun ckp mcm2 dkt kita. Tp xpe lah tu bukan dosa kot. Huhu. . Apa2 pun tunggu 31 dec ni. #Lelakicantik #perlashinekapsulmutiara #dsiempire #perlaking #31dec

A post shared by THE ONLY 1 SAFIEY ILLIAS (@safieyillias94) on

 

Bagaimanapun, Safie akan membuat penjelasan sebenar pada 31 Disember ini. Kita tunggu dan lihat. Adakah dia benar-benar ingin lakukan perubahan semula?

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*