Nenek Telan Besi, Untuk Tingkat Zat Besi Dalam Badan

Share This:

Seorang warga emas dari Rusia telah menelan sebanyak 152 objek besi termasuk paku dan skru. 


Penemuan tersebut telah mengejutkan kakitangan hospital di Ulan-Ude di Republik Semashko berhampiran sempadan Mongolia yang melakukan imbasan X-ray terhadapnya.


Dikenali sebagai Nina, 74, dia menyangka dengan menelan besi dapat meningkatkan zat besidalam tubuhnya.

Foto: Daily Mail

Daily Mail melaporkan, pembedahan telah dilakukan bagi mengeluarkan semua objek sepertipaku dan skru panjang, penahan pintu dan besi sekerap berukuran 15 sentimeter.


Nina juga menelan satu rantai perak dan memaklumkan kepada doktor ia sebagai usaha untuk memulihkannya yang kekurangan darah dan kandungan zat besi.


Foto: Daily Mail

Menurut sumber lagi, wanita tersebut menelan besi sejak berusia 14 tahun.


Nasib baik baginya kerana tidak mengalami kecederaan serius dalam perut atau tekaknya. 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*