Main Game Tak Ingat Dunia Sampai Mati

Share This:

Seorang lelaki di Rusia maut kerana terlalu sibuk bermain permainan realiti maya (VR) Star Wars hingga tidak menyedari pendarahan berlebihan akibat luka di kepalanya.

Memetik Reuters, mayat lelaki berusia 44 tahun itu ditemui di kediamannya, menurut kenyataan polis.

Difahamkan, lelaki itu sedang bermain permainan berkenaan menggunakan set VR sebelum tersadung, lalu terjatuh ke atas meja kopi diperbuat daripada kaca hingga mengakibatkan pendarahan yang membawa maut.

Menurut portal Lenta.ru, mayat lelaki terbabit ditemui ibunya pada Khamis dan sumber polis berkata, pihak perubatan percaya lelaki berkenaan mungkin boleh diselamatkan sekiranya dia berhenti bermain dan mendapatkan rawatan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*