Lelaki Kempunan Seks Janda Dipenjara Enam Bulan

Share This:

Tindakan jijik seorang lelaki cuba mengumpan seorang wanita berstatus janda untuk melempiaskan nafsunya akhirnya mengundang padah.

 

Susulan daripada kes itu, lelaki terbabit dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mahu mengaibkan kehormatan seorang ibu tunggal berusia 52 tahun apabila memberikan sekeping DVD lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh pada Jumaat lalu.

 

Menurut sumber, tertuduh, Megat Amir Asrul Megat Shaharuddin, 32, dari Kampung Bakong, Lambor Kiri, Bota di sini dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

 

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara selama tempoh berkenaan bermula dari tarikh tangkapan iaitu Sabtu lalu.

 

Dia didakwa mengaibkan kehormatan wanita itu apabila memberikan DVD lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh dengan maksud bagi mengganggu kehormatan wanita berkenaan.

 

 

 

Menurut sumber berkata, wanita itu menemui DVD tersebut yang diselitkan pada pintu rumahnya di Kampung Bakong Mukim Lambor Kiri, Bota.

 

Berdasarkan nota yang ditinggalkan, lelaki tersebut akan datang ke rumah wanita itu pada pukul 12 tengah malam untuk melakukan perbuatan keji itu. Lelaki turut meminta wanita berkenaan memberi isyarat dengan membuka lampu jika bersetuju dengan ajakan itu.

 

Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah di Kampung Bakong, Mukim Lambor Kiri, Bota pada jam 7.15 pagi hari berkenaan.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

 

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Hamidah Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Harbans Kaur.

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*