Kesan Pengelakkan Cukai Pada Negara Bahagian 1

Share This:

Apa yang boleh kita lakukan jika kita mempunyai USD500 bilion. Cabaran utama sebenarnya bagaimana kita nak membayangkan sebanyak mana sebenarnya USD500 bilion itu. Persoalannya jika kita membelanjakan jumlah ini, apakah nilai yang boleh kita perolehi.

Bayangkan dengan jumlah sebanyak itu, kepada yang suka berjalan ke luar negara dengan menaiki kapal terbang. Mengikut harga yang dikeluarkan oleh syarikat Airbus, dengan USD500 bilion anda boleh membeli sebanyak 1,150 buah kapal terbang jenis Airbus A380s ini.

Apabila jumlah ini dinyatakan sebegitu banyak, sememangnya itulah jumlah hasil seluruh dunia yang telah hilang akibat pengelakan cukai mengikut laporan terbaru daripada United Nation World University (UNU-WIDER) dalam Penyelidikan Pembangunan Ekonomi 2017/55.

Isu pengelakan cukai adalah isu sejagat. Kes cukai dan penalti bukan juga satu perkara baru, malahan ia merupakan isu global yang melanda seluruh dunia terutamanya negara-negara yang bergantung kepada hasil cukai pendapatan sebagai hasil utama negara.

Cukai korporat adalah hasil paling utama bagi kerajaan bagi seluruh negara. Hasil dari cukai korporat ini amat bermakna terutama kepada negara sedang membangun. Hasil kajian yang dilakukan oleh UNU-WIDER ini turut menyatakan secara global pengelakan cukai bagi setiap negara.

Jika dilihat secara kerugian secara keseluruhan, adalah tidak mengejutkan apabila kita mendapati sebahagian negara ekonomi terbesar di dunia berada di tangga teratas. Melihat kepada saiz dan kekuatan ekonomi, secara kasarnya negara ini mengalamai kerugian yang signifikan akibat cukai yang tidak dibayar.

Internal Revenue Services (IRS) atau agensi percukaian negara Amerika Syarikat menganggarkan negara tersebut kehilangan hasil negara melalui percukaian syarikat sebanyak USD188.8 bilion setiap tahun dan negara China berada di tempat kedua dengan anggaran kerugian kehilangan cukai setiap tahun sebanyak USD66.8 bilion.

Oleh yang demikian apakah kesan kepada pengurangan hasil dari pendapatan cukai kepada negara? Sudah tentu, hasil tersebut tidak dapat disalurkan kepada kerajaan bagi tujuan pembangunan negara.

Dalam konteks Malaysia, jika pengelakan cukai dilakukan secara agresif dan audit cukai tidak dilaksanakan secara sistematik, sudah tentu hasrat untuk melihat negara Malaysia sebuah negara maju juga tidak akan tercapai.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*