Kejam!! Gadis Di Seksa, Lakukan Seks, Digigit, Ditumbuk Dan Dibakar

Share This:

 

Malang nasib yang menimpa seorang gadis berusia 13 tahun apabila digigit, ditumbuk dan dibakar oleh penjaganya di sebuah pusat urut tradisional di Semenyih selama sebulan sebelum dia melarikan diri.

 

Menurut sumber berkata, gadis itu diseksa kerana dia ditinggalkan di pusat urut itu pada bulan Mei oleh ibu bapanya, dan berjaya melarikan diri apabila dia meyakinkan pelanggan supaya membantunya ketika memberi khidmat urut di sebuah rumah di Taman Cheras Permata minggu lepas.

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa mengadu kepada seorang pelanggan wanita yang hamil, bahawa dia tidak mahu kembali ke pusat itu.

 

“Pelanggan itu kemudiannya membuat laporan polis pada hari Khamis (21 Disember),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kajang, Selasa (26 Disember).

 

Kedua-dua penjaga, berumur 41 dan 54, telah ditahan.

 

“Mereka mengaku memukul gadis itu dengan senduk panas, mencekik, menumbuk dan menggigit telinganya,” kata ACP Ahmad Dzaffir.

 

Jelas beliau, pemilik pusat berusia 54 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur kernana masalah komplikasi jantung.

 

ACP Ahmad Dzaffir berkata mangsa adalah yang kedua daripada lapan adik beradik, dan ditinggalkan di pusat oleh ibu bapanya yang tidak mampu menjaganya.

 

“Mereka berharap gadis itu dapat berdikari dan menjaga dirinya sendiri.

 

“Bagaimana pun gadis tersebut selalu menangis yang menyebabkan penjaga itu marah dan menyalah gunakannya,” katanya.

 

Tambahnya, gadis itu turut mendakwa bahawa dia telah dirogol ketika mula tiba di situ.

 

“Gadis itu mendakwa dia dihantar ke pusat urut tradisional di Sri Petaling, Kuala Lumpur dan dia terpaksa mengadakan hubungan seks dengan seorang pelanggan lelaki “katanya.

 

Sementaa itu, ACP Ahmad Dzaffir menambah bahawa polis Brickfields sedang menyiasat tuduhan rogol.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*