Futsal: Chun Yong Panggil 20 Pemain Terbaik

Share This:

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong menyenaraikan 20 pemain terbaik bagi menyertai kem latihan pusat sebagai persiapanmenghadapi Kejuaraan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Taiwan, Februari depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa, 14 daripada 20 pemain itu merupakan pemain yang membantu Malaysia muncul naib juara Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2017 di Vietnam, awal November lepas.

Bagi melengkapkan senarai 20 pemain tersebut, Chun Yong memanggil enam pemain lain iaitu dua daripadanya adalah pemain KL City – Syafiq Hamzah dan Hazizi Mansor – diikuti pemain Sarawak, Iskandar Harun, Muhammad Aidil Shahril Rosli (Felda United), Ahmad Harith Naim Mohd Nasir (Kuantan Rangers) dan Saiful Aula Ahmad (Melaka).

Kem latihan pusat berkenaan yang dijadual berlangsung selama tiga minggu bermula Selasa depan akan melalui tiga fasa, dengan fasa pertama akan diadakan di Wisma FAM selama seminggu sebelum dibawa ke Kota Bharu, Kelantan selama seminggu dan kembali semula ke Wisma FAM untuk menamatkan baki seminggu latihan pusat di sana.

Skuad negara kemudian akan ke Beirut, Lubnan pada 20 Jan untuk menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang skuad kebangsaan Lubnan sebagai aksi pemanas badan sebelum berlepas ke Taiwan pada 30 Jan bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFC 2018.

Malaysia yang diundi berada dalam Kumpulan A bakal memulakan kempen berdepan Vietnam pada 1 Februari diikuti aksi kedua menentang tuan rumah Taiwan (3 Feb) sebelum menutup saingan kumpulan bertemu Bahrain (5 Feb).

Untuk rekod, skuad negara yang kini menduduki ranking kelapan terbaik Asia gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dalam 11 penyertaan sebelum ini pada kejohanan tersebut.

Berikut adalah senarai 20 pemain:

Abu Haniffa Hasan, Muhammad Awaluddin Hasan, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, Saiful Aula Ahmad, Mohd Firdaus Razali, 6Saiful Nizam Mohd Ali, Yazid Kamaruzuan, Azrul Hadee Mohd Taufiq, Muhammad Azri Rahman, Mohd Azwann Ismail, Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Muhammad Aidil Shahril Rosli, Mohd Ridzwan Bakri, Akmarulnizam Mohd Idris, Muhammad Farikh Khabibor Rahman, Mohamad Awalluddin Mat Nawi, Muhammad Syafiq Hamzah, Hazizi Mansor, Iskandar Harun, Ahmad Harith Naim Mohd Nasir.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*