Dakwaan Datuk Dr Shad Sebenarnya Yang Cabar Kuasa Raja-Raja Melayu- Dr Kamarul Zaman Yusoff

Share This:

Kes fitnah Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi terhadap Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) adalah tindakan Datuk Dr Shad yang seolah-olah mahu melaga-lagakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan pihak-pihak berkuasa agama bersandarkan kepada satu kenyataan tidak bertarikh dan tidak bersumber yang kononnya dibuat oleh Ketua Pengarah JAKIM, demikian menurut Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (MAPAN-UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.

 

Menurut sumber berkata, Datuk Dr Shad mendakwa dalam penulisannya bertajuk “Religious Radicalism On The Rise” yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 23 November bahawa Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Haji Othman seperti mahu mencabar kuasa Raja-Raja Melayu apabila berkata, “JAKIM merupakan satu-satunya entiti yang mampu memastikan agama Islam kekal sebagai agama Persekutuan”.

 

Namun, kata Dr Kamarul, “Setelah dibuat semakan ke atas dakwaan Datuk Dr Shad ini maka, didapati bahawa hanya ada satu petikan sahaja dari Ketua Pengarah JAKIM berbunyi “JAKIM merupakan satu-satunya entiti yang mampu memastikan agama Islam kekal sebagai agama Persekutuan (“JAKIM was the only entity capable of ensuring that Islam remains the religion of the federation”) yang pernah dilaporkan, iaitu di dalam laporan bertajuk “JAKIM: Who Will Keep Islam As Malaysia’s Religion If Not Us?” yang disiarkan oleh portal berita The Malay Mail Online pada 18 November 2015.”

 

“Bagaimanapun, petikan kenyataan Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha di dalam portal berita The Malay Mail Online itu hanyalah berbunyi: “Jika kita ambil sebagai contoh dalam Perlembagaan, Islam adalah Agama Persekutuan. Jadi, siapa lagi yang akan melaksanakan dan memastikan Islam kekal sebagai agama Persekutuan? Dan siapa yang akan melindungi sumpah untuk mempertahankan Islam? Tanggungjawab ini sudah pasti merujuk kepada Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri dan JAKIM (untuk melaksanakannya).

 

(“If we take for example in the Constitution, Islam is the religion of Federation. So, who else would carry out and ensure that Islam stays as the religion of Federation? And the oath to defend Islam, who is going to do it? This duty definitely refers to the Prime Minister’s Department, PM and to JAKIM.”).

 

Dr Kamarul berkata, kenyataan tersebut dibuat Tan Sri Dato’ Haji Othman sewaktu menjawab saranan salah seorang ahli G25, iaitu Tawfik Tun Dr Ismail yang mahu JAKIM dimansuhkan kerana tidak mempunyai sebarang peranan dalam Perlembagaan dan kerana tanggungjawab (menjaga) Islam berada di bawah kuasa Sultan di setiap negeri seperti yang dipetik daripada laporan portal berita The Malaysian Insider bertajuk “Tun Dr Ismail’s Son Wants JAKIM Abolished” pada 9 November 2015.

 

Tambah Dr Kamarul lagi, malangnya, individu seperti Datuk Dr Shad tidak melihat kepada kenyataan rasmi Tan Sri Dato’ Haji Othman ini tetapi lebih suka memetik kenyataan tidak bertarikh dan tidak bersumber yang diambil dari laporan portal berita tertentu tanpa terlebih dahulu menyemak ketepatan laporan portal berita tersebut dengan mana-mana pihak sedangkan implikasi tuduhan yang dibuat oleh Datuk Dr Shad ini sangat besar sekali.

 

“Di sebalik membuktikan bahawa Tan Sri Dato’ Haji Othman dan JAKIM mahu mencabar kuasa Raja-Raja Melayu seperti yang didakwa oleh Datuk Dr Shad, Datuk Dr Shad-lah yang sebenarnya mencabar kuasa Raja-Raja Melayu dengan umpamanya mempersoalkan fatwa “liberalisme” dan “pluralisme” adalah fahaman sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sedangkan ia dibuat dan diwartakan, atas perintah Sultan Selangor, pada 17 Julai 2014,” ujar Dr Kamarul lagi.

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*