Ahli Parlimen DAP Klang Gesa Agensi-agensi Agama Berhenti Tangkap Mak Nyah

Share This:

 

Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan Klang, YB Charles Santiago dikatakan memberi kenyataannya bahawa kerajaan Malaysia perlu memansuhkan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang mendiskriminasi golongan transgender di Malaysia.

 

Menurut Charles, beliau menggesa agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar berhenti menangkap golongan mak nyah sewenang-wenangnya.

 

“Dan saya juga menggesa supaya semua Jabatan-Jabatan Agama Islam, termasuk JAKIM dan JAIS untuk menghentikan penahanan tidak berasas kaum mak nyah.”

 

Menurut Ahli Parlimen yang mewakili penduduk Klang itu, selepas pengharaman gerakan Seksualiti Merdeka pada hujung tahun 2011 seorang budak lelaki telah dipukul sehingga mati di luar perkarangan sekolahnya. “Pada bulan November 2011, kerajaan menghapuskan Seksualiti Merdeka.

 

Kementerian Pelajaran pula telah mengedarkan pekeliling di sekolah-sekolah bagi mendidik para pelajar mengenal pasti orientasi gay atau lesbian bagi mengekang apa yang mereka panggil sebagai peningkatan “fenomena tidak sihat di kalangan pelajar”.

 

Sehubungan inisiatif itu, seorang budak lelaki telah dipukul sehingga mati di luar perkarangan sekolahnya oleh pelajar dari sekolah yang sama dengan alasan cara jalannya pelik dan dia layak diperlakukan dengan kasar.”

 

“Pada bulan Mac tahun ini, Lembaga Penapis Filem telah menyuruh Disney menyunting keluar 4 minit babak dalam cerita kanak-kanak “Beauty and the Beast” yang memaparkan “babak gay”,” katanya lagi.

 

Menurutnya lagi, perbuatan diskriminasi terhadap kaum LGBT seperti penyuntingan adegan gay dari filem Beauty and the Beast telah menjadikan Malaysia negara yang merbahaya bagi kaum LGBT.

 

“Diskriminasi bersistematik terhadap lesbian, gay, biseksual dan terutamanya komuniti transgender secara berterusan menjadikan Malaysia sebuah tempat berbahaya untuk didiami mereka.

 

Namun, kita boleh mengubahnya bersama-sama.” “Saya bersolidariti bersama komuniti trans di seluruh dunia dan saya menyeru anda semua menyertai saya menggesa kerajaan Malaysia untuk memansuhkan semua undang-undang dan peraturan yang mendiskriminasi golongan trangender,” dakwanya lagi.

 

Merujuk kepada kegiatan pelacuran yang berleluasa di kalangan ahli komuniti itu, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, walaupun pihak penguatkuasaan syariah JHEAT telah beberapa kali melakukan operasi bersepadu dan melakukan tangkapan terhadap golongan transgender mak nyah yang melakukan aktiviti pelacuran di sebuah flat di sekitar Bandar, Kuala Terengganu, namun mereka tidak serik dan terus melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

 

Ironinya, DAP seolah-olah mahu agensi-agensi agama berdiam diri dan hanya pejam mata melihat golongan ini berleluasa, malah mahu menghormati hak mereka, tidak mengatakan perbuatan mereka itu salah, bahkan terus menerus memansuhkan undang-undang bagi golongan yang berusaha untuk menyelematkan Malaysia dari perbuatan terkutuk ini.

 

Adakah dengan cara  memansuhkan undang-undang dan peraturan yang mendiskriminasi golongan trangender ini boleh menangani isu ini di Malaysia? Mampukah kita hanya mendiamkan diri demi kuasa politik?

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*