Rangka Manusia Berseragam Pelantar Minyak Terdampar Tepi Pantai

Share This:

Penduduk digemparkan dengan penemuan mayat lelaki di tepi Pantai Sungai Dua, Bachok, pagi semalam.

 
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, mayat berkenaan lengkap berpakaian sebuah syarikat perkhidmatan marin dan luar pesisir pantai.
 

 

Sejurus itu, orang ramai membuat laporan polis.
 
“Selepas mendapat laporan, polis bergegas ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.
 
“Identiti mangsa belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.
 
Tambah Aminuddin, berkemungkinan mayat yang sudah mula mereput itu dibawa ombak ke tepi pantai.
 

“Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*