Penganjur Program Big Gay Iftar Dicalonkan SUARAM, Anugerah Hak Asasi Manusia

Share This:

 

Pada tahun ini, Pelangi Campaign For Equality, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak-hak golongan LGBT di Malaysia dan penganjur program Big Gay Iftar telah dicalonkan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk Anugerah Hak Asasi Manusia 2017.

 

SUARAM yang dikatakan sebelum ini pernah disiasat oleh 6 agensi kerajaan termasuk Bank Negara di atas isu kemasukan dana asing termasuk berkaitan dakwaan menerima dana dari George Soros telah menganjurkan Anugerah Hak Asasi Manusia SUARAM sejak tahun 1999.

 

Menurut sumber berkata, berkenaan dengan pencalonan untuk 2017, Numan Afifi, pengasas Pelangi Campaign for Equality berkata, pencalonan ini telah memberikan inspirasi kepada mereka untuk berusaha lebih giat lagi demi menuntut hak-hak pengamal LGBT di negara ini.

 

“Sudah pasti ianya telah memberi inspirasi kepada kami untuk bekerja lebih keras demi hak samarata masyarakat LGBTQI di Malaysia.”

 

Baru-baru ini, Pelangi Campaign telah menghadiri konferens anjuran The Asian International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association and Rainbow Community of Kampuchea (ILGA) yang diadakan di Kemboja di mana Pelangi Campaign telah menjadi penyumbang kepada cadangan perlembagaan ILGA Asia.

 

Beliau yang juga mantan Ketua Organisasi DAP Subang turut membuat dakwaan bahawa cadangan tersebut akan memastikan lebih banyak penyertaan daripada golongan belia dalam memperjuangkan hak-hak LGBT.

 

“Dan kami bangga menjadi penyumbang perlembagaan untuk ILGA Asia demi memastikan lebih banyak penglibatan golongan muda ke dalam gerakan LGBTIQ.” Dalam pada itu, Numan Afifi turut mencabar pihak yang tidak bersetuju dengan perjuangannya itu.

 

“Kami sudah bersedia untuk 2018, kepada mereka yang menentang, kami kata “marilah!”.”

 

 

 

Jelas sekali,kita lihat golongan LGBT ini semakin menular susulan daripada perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun dan mudah dipengaruhi oleh golongan muda masa kini.

 

Persoalannya, adakah masyarakat mahu menyokong dan menerima golongan LGBT di negara ini yang pada akhirnya menuntut perkahwinan sonsang ini dalam perlemabangaan negara?

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*