Moyes Kecewa Prestasi Antonio

Share This:

DAVID Moyes memberi peringatan tentang standard yang diletakkannya selepas West Ham kecuncang menentang Newcastle.

Mereka bermula dengan baik pada minit keenam, namun bahagian pertahanan mereka goyah di belakang dan lemah dalam menyusun serangan sehingga mampu ditewaskan di gelanggang sendiri.

“Gol pertama sentiasa penting dan kami sepatutnya dapat melakukannya.

“Tapi, kami tidak bermain dengan baik dan bahagian pertahanan pun lemah,” kata Moyes.

Tendangan Andre Ayew diselamatkan oleh Rob Elliot dan Moyes menyedari sepakan penalti Manuel Lanzini yang tersasar di Everton bulan lalu.

Bos West Ham itu menambah: “Sudahlah susah nak dapat peluang, kami tidak boleh terlepas peluang dan perlu lakukan lebih baik.

“Ia perlawanan yang penting. Kemenangan akan meletakkan pasukan di kedudukan yang sangat kukuh,” ujarnya.

Jurulatih berusia 54 tahun itu benar-benar kecewa dengan prestasi Michail Antonio yang merupakan pemain utama Hammers pada musim lalu, namun dia gagal menunjukkan impak yang sama musim ini disebabkan oleh kecederaan.

Antonio digantikan dengan Andy Caroll kurang sejam perlawanan bermula dan Moyes berkata: “Dia pemain yang penting kepada kami. Dia tidak pernah memberikan apa-apa yang boleh membantu pasukan.” – Daily Mail

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*