Mak ‘Cover Line’, Anak Buat Kerja!

Share This:

 

Seperti yang kita tahu peranan ibu bapa dalam mencorakkan peribadi anak-anak mereka amatlah besar dan tidak boleh diambil mudah.

 

Menurut pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya; perumpamaan itu sering digunakan untuk membentuk kanak-kanak yang masih kecil untuk menjadi individu berguna semasa sudah dewasa kelak.

 

Bagaimanapun, lain pula halnya dalam insiden yang tular di media sosial baru-baru ini.

 

Dalam sebuah video rakaman CCTV, seorang wanita dilihat bersekongkol dengan dua orang kanak-kanak untuk mencuri di sebuah kedai yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

 

Menurut sumber berkata, pemilik butik yang terletak di Tesco Sungai Petani Selatan, Kedah itu menceritakan kejadian yang berlaku pada 21 Disember lalu di akaun Facebooknya.

 

Menurutnya, seorang wanita berkemungkinan warga Thailand yang berusia dalam lingkungan 30-an bersama seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki telah mencuri telefon pintar butik tersebut.

 

“Anak-anaknya mundar-mandir dari maknya ke kaunter banyak kali dan mereka seperti berbahasa Siam.

 

“Staf melayan mesra emaknya, anaknya buat kerja! Panjang tangan, mencuri,”tulisnya di Facebook.

 

Setelah ‘misi’nya untuk mencuri selesai, ketiga-tiganya dilihat beredar dari butik tersebut untuk menyelamatkan diri.

 

Tambah pemilik butik itu lagi, kejadian itu seperti telah dirancang terlebih dahulu.

 

Dalam pada itu, pemilik butik tersebut turut berpesan kepada mana-mana pihak yang terjumpa dengan tiga beranak itu untuk membawa mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut.

 

Pelik sungguh! Adakah ini contoh sebagai ibu yang bertanggungjawab? sebagai ibu, wanita tersebut seharusnya menunjukkan contoh yang baik dan bukan mengajar perkara negatif yang boleh merosakkan akhlak anak-anaknya sendiri.

 

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*