Liverpool Boleh Ikat Trapp

Share This:

EJEN kepada bintang Paris Saint-Germain (PSG) Kevin Trapp, Jorg Neubauer sedia membuka pintu kepada Liverpool untuk mendapatkan khidmat penjaga gol itu bulan depan.

Trapp melakukan 60 penampilan bersama PSG dalam aksi Ligue 1 sejak menyertai kelab itu pada 2015.

Namun pemain kelahiran Jerman itu sering kali didakwa akan meninggalkan Pars des Princes bulan depan.

Trapp kini terpaksa bersaing dengan Alphonse Areola yang kini menjadi pilihan utama pengurus Unai Emery di Paris.

Terbaharu, Trapp dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield selepas menyifatkan Liverpool sebagai sebuah kelab hebat.

Ditanya jika Trapp akan meninggalkan PSG bulan depan, Neubauer berkata jika ada peluang, pemain itu sedia angkat kaki.

Menurut Le 10 Sport, Jurgen Klopp amat mengalu-alukan kehadiran Trapp ke Anfield.

“Ia sebuah kelab dengan tradisi yang mengagumkan. Dan sudah tentu saya peminat saingan Liga Perdana Inggeris.

“Liverpool sudah memenangi banyak trofi dan Jurgen Klopp sudah tentunya seorang jurulatih yang hebat.

“Saya belum memikirkan kelab yang akan disertai selepas ini. Namun apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*