Keputusan Trump Bukan Tertumpu Kepada Isu Baitulmaqdis Semata-Mata

Share This:

Isu membabitkan pengiktirafan yang dibuat oleh Presiden Amerika, Donald Trump terhadap Baitulmaqdis yang bakal menjadi Ibu Negara Israel, masih hangat diperdebatkan oleh banyak pihak terutamanya di peringkat antarabangsa. Majoriti negara dunia sepakat bahawa pengiktirafan yang diberikan Trump ini tidak sah dan memungkinkan kebangkitan siri pengganas yang menggunakan nama Islam.

Ketika banyak negara memperkatakan akan kemjungkinan bakal menerima tempias akibat menyokong satu resolusi yang mendesak Trump dan Amerika menarik semula pengiktirafan berkenaan, hakikat sebenarnya, Trump telah berjaya mengalihkan perhatian masyarakat antarabangsa dari memberi tumpuan terhadap beberapa kes domistik yang menyelubungi dirinya.

Bukan satu rahsia bahawa Donlad Trump hari ini sedang disiasat oleh FBI dan CIA berhubung campurtangan Russia dalam membolehkan Trump menduduki White House. Walaupun dinafikan oleh Trump mahupun Vladimir Putin, Presiden Russia, namun ianya tidak menghalang dua agensi terbabit menyiasat penyelewengan undi yang mungkin dilakukan oleh Trump.

Malah, Trump juga masih lagi dipaliti dengan skandal seks apabila semasa kempen pemilihan Presiden Amerika tahun lalu, sekurang-kurangnya 3 aduan gangguan seksual didedahkan dan dua daripadanya masih lagi dalam siasatan.

Tidak terkecuali satu lagi keputusan Trump yang dilihat agak kontroversi apabila menyekat kemasukan beberapa warga negara Islam seperti Somalia, Iraq dan beberapa buah negara yang lain ke Amerika atas alasan keselamatan. Malah, hubungan Trump dengan Mexico dan Kanada juga dilaporkan tegang akibat keputusan Trump dalam banyak perkara termasuk cadangan membina tembok sempadan antara Amerika dan Mexico.

Disamping itu juga, California juga masih belum pulih daripada kebakaran hutan yang disifatkan sebagai antara yang terburuk dalam sejarah Amerika. Tidak ada satu pun media dari Amerika melaporkan tentang jumlah kerugian yang ditanggung oleh negeri yang menyumbang lebih setengah daripada pendapatan Amerika. Malah, Trump sendiri mengumumkan darurat di seluruh kawasan yang terlibat bagi menutup aib kebakaran berkenaan.

Itu hanya sedikit kisah yang menghantui pentadbiran Trump sejak mengangkat sumpah 20 Januari lalu. Oleh yang demikian, Trump dilihat cuba mengalihkan perhatian dunia dari menumpukan pelbagai isu yang boleh mengaibkan Amerika di mata dunia. Sebagai langkah permulaan, Trump mewujudkan ketegangan dengan Korea Utara, musuh lamanya sehingga membimbangkan banyak negara di Rantau Asia Pasifik.

Setelah agak reda ketegangan yang wujud antara Trump dengan Korea Utara, Trump mewujudkan satu lagi kebimbangan dunia apabila buat pertama kalinya dalam sejarah Presiden Amerika, dia membuat keputusan berani mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel. Sudah tentu, keputusan ini cukup menggembirakan Israel dan Benjamin Netanyahu yang selama ini menuntut hak keatas Baitulmaqdis.

Pada masa yang sama, Trump dapat “membeli” sedikit masa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalaman negaranya disaat dunia sibuk meberikan perhatian khusus terhadap isu Baitulmaqdis. Malah, terbaru, Trump berusaha “membeli” lagi masa yang ada dengan mengumumkan pemotongan bantuan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai reaksi balas sokongan 128 buah negara mendesaknya menarik semula pengiktirafan berkenaan.

Sesuatu yang agak melucukan namun tidak ramai yang menyedari adalah, Amerika adalah sebuah negara yang mempunyai hutang yang amat tinggi berbanding KDNK negaranya. Dianggarkan,merika mempunyai hutang bertrilion Dolar yang mana pada satu ketika, Amerika pernah menggantung perkhidmatan awamnya selama dua minggu bagi membolehkan Presiden Amerika pada ketika itu, Barrack Obama memperoleh kelulusan Kongres dalam menambah bajet negara.

Malah, Amerika merupakan negara yang paling tinggi hutangnya kepada PBB walaupun ada usaha dilakukan Obama untuk mengurangkan hutang berkenaan. Justeru, pengumuman Trump ini sebenarnya tidak memberi kesan secara langsung terhadap PBB kerana, Amerika sendiri menanggung hutang berbilion Dolar terhadap PBB.

Inilah Amerika yang pada pandangan sesetangah masyarakat sebagai sebuah negara hebat. Hakikatnya, Amerika sendiri sudah boleh diisytiharkan muflis sekiranya mengikut KPI daripada Bank Dunia. Negara berkenaan hanya diselamatkan oleh pemilikan kuasa yang cukup besar yang mampu mengawal dunia. Malah Trump sendiri juga mampu menyelamatkan jawatannya hasil daripada tindakan gilanya terhadap Baitulmaqdis.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*