Izara Aishah Pelik Suami Tidak Cemburu

Share This:

Baru-baru ini heboh kisah Aiman Hakim dan Syarifah Sakinah berpelukan dalam video di sebalik tabir drama lakonan mereka. Rata-rata netizen yang menontonnya mengatakan suami kepada Syarifah Sakinah dayus kerana memberi komen selamba kepada kandungan video tersebut. 


Syarifah Sakinah turut memberi penjelasan bahawa suaminya memahami tentang kerjayanya dan semua ini dilakukan atas dasar profesionalisma.

Izara Aishah dan Adib Khalid selamat diijab kabulkan 17 November lalu.

Pendapat sama turut dirasai oleh suami kepada pelakon Izara Aishah, Adib Khalid. Dipetik daripada mStar Online, apabila disoal tentang syarat dan batasan selepas berkahwin, Izara berkata, suaminya terlalu memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon. 


Katanya, Adib juga tidak pernah berasa cemburu terhadap lelaki yang menjadi pasangannya dalam drama atau filem.


“Dia tidak cemburu, kadang-kadang saya pelik juga tapi mungkin dia juga berada dalam industri dan memahami perkara itu,” ujarnya.


Izara Aishah juga mengakui mula merasai tanggungjawab sebagai seorang wanita dewasa selepas berkahwin dengan Adib Khalid pada 17 November lalu. Pemilik nama Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini berkata, dia mula belajar melakukan tugas-tugas sebagai seorang isteri selepas berpindah tinggal bersama suaminya.


“Suasana berbeza selepas duduk dengan suami, saya baru rasa ada tanggungjawab dan seperti orang dewasa. Semuanya saya buat sendiri kerana kami tiada pembantu rumah. Namun tiada masalah dan Alhamdulillah, suami seorang yang sangat mudah dijaga,” ujarnya pada majlis pelancaran program CTDK-ation yang diadakan pada Rabu lalu.


Dalam perkembangan kerjayanya, Izara bakal terlibat dalam drama 100 episod berjudul Jodoh-Jodoh Anisa tidak lama lagi. Drama tersebut turut dibintangi pelakon popular iaitu Aaron Aziz, Johan As’ari dan Hafreez Adam.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*