Enggan Perbaharui Kontrak, Fellaini Dah Bosan Dengan Man United

Share This:

MAROUANE Fellaini tidak akan memperbaharui kontraknya bersama Manchester United dan bersedia untuk angkat kaki pada Januari.

Kontrak pemain kebangsaan Belgium itu akan tamat pada hujung musim ini tetapi dia tidak menunjukkan sebarang minat untuk memperbaharuinya.

Difahamkan Pengurus Jose Mourinho mahu mengekalkannya di Old Trafford.

The Express melaporkan Fellaini sudah tawar hati untuk kekal dan terbuka menyertai kelab baharu.

Fellaini dilaporkan kecewa kerana jarang diturunkan musim ini dengan hanya disenaraikan dalam kesebelasan utama pada empat perlawanan musim ini.

Pemain berusia 30 tahun itu turut didakwa ada menerima tawaran lumayan daripada kelab yang berpangkalan di China.

Meskipun dia bebas untuk berbincang dengan mana-mana kelab pada bulan depan, United dilaporkan akan berusaha menyekat sebarang tawaran terhadapnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*