Baddrol Bakhtiar Calon Kapten Kedah Musim 2018

Share This:

Selepas membuat keputusan melepaskan tanggungjawab sebagai Kapten Kedah, Khairul Halmi Johari atau lebih mesra dikenali sebagai Keon mencadangkan Baddrol Bakhtiar sebagai calon terbaik ketuai Skuad Helang Merah musim hadapan.

Tambah Keon, Baddrol telah bersama Kedah sejak 2005 dan antara pemain senior yang dihormati rakan sepasukan. 


Baddrol Bakhtiar telah bersama Kedah sejak 2005

Selain itu, dia mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa termasuk pernah menyarung jersi kebangsaan.


Keon telah mencadangkan nama Baddrol kepada Jurulatih Kedah, Ramon Marcote dan kini terserah kepada Marcote untuk membuat keputusan.


Keon telah menjadi Kapten Kedah sejak 2014

Keputusan Keon untuk melepaskan tanggungjawab sebagai Kapten ialah kerana mahu memberi peluang kepada pemain lain dan dia telah mengetuai pasukan Kedah sejak tahun 2014.


Tapi keputusan itu bukan bermakna dia mahu bersara, hanya sekadar melepas tanggungjawab kapten sahaja.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*