RUGI 10% AKIBAT GAGAL MEREMITKAN WANG HASIL JUALAN HARTA TANAH KEPADA LHDN

Share This:

Apabila penjual menjual harta mudah alih seperti rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain, jumlah amaun yang perlu dipegang oleh pemeroleh (penjual atau peguam yang dilantik) adalah 3% daripada harga balasan (jualan) atau kesemua harga balasan tersebut

Pemilik atau penjual harta tanah ini perlu meremitkan sebanyak 3% atau jumlah keseluruhan ini akan digunakan untuk membayar kesemua atau sebahagian cukai yang dikenakan atas pelupusan harta tanah ini.

Mengikut kesesuaian atau keadaan tertentu, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) boleh melanjutkan tempoh masa yang perlu diremitkan bayaran kepada KPHDN.

Terdapat penjual yang akan dikenakan cukai 10% di bawah Seksyen 21(4) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 ini kerana pemeroleh atau peguam yang dilantik gagal membayar amaun berkenaan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pemerolehan.

Jumlah yang sepatutnya dibayar dan kenaikan sebanyak 10% cukai tersebut adalah merupakan hutang pemeroleh (penjual harta tanah) kepada kerajaan dan hendaklah dibayar kepada KPHDN.

Walaubagaimanapun KPHDN boleh menggunakan budi bicara untuk meremitkan amaun kenaikan dan membayar balik amaun berkenaan sekiranya telah dibayar.

Secara umumnya, pengecualian hanya dinikmati oleh individu sahaja. Pengecualian sebanyak RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi, adalah dibenarkan bagi pelupusan semua bahagian aset (di Malaysia) yang dimiliki oleh individu.

Contohnya jika seseorang individu itu memiliki setengah bahagian tanah dan individu tersebut melupuskan kesemua setengah bahagian itu, maka pelupusan tersebut adalah pelupusan semua bahagian dan layak mendapat pengecualian ini.

Namun begitu, syarat-syarat untuk layak mendapat atau memohon pengecualian ini individu tersebut mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia. Manakala aset yang dilupuskan mestilah kediaman persendirian.

Pemilihan untuk pengecualian cukai ke atas kediaman persendirian di bawah seksyen 8 mestilah dibuat secara bertulis. Pemilihan tersebut tidak boleh ditarik balik dan pengecualian tidak akan diberi untuk kediaman persendirian yang seterusnya.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan merujuk kepada laman sesawang http://www.hasil.gov.my/ atau menghubungi Hasil Care Line di 1-800-88-5436 (LHDN).

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*