Bolehkah Umat Islam Sambut Perayaan Bukan Islam?

Share This:

 

Tidak dinafikan di dalam masyarakat yang majmuk ini mempunyai pelbagai perayaan yang dirayakan oleh setiap kaum tetapi sebagai umat Islam, bolehkah kita sama-sama menyambut atau merayakan hari perayaan atau hari kebesaran penganut bukan Islam seperti perayaan Krismas, Deepavali, Vesak day, Thaipusam, perayaan Tahun Baru Cina dan sebagainya? Apakah hukum menghadirkan diri dalam perayaan seperti itu?

 

Menurut sumber berkata, sebagai umat Islam, kita di larang menghadirkan diri di dalam menyambut perayaan agama orang bukan Islam seperti Deepavali, Krismas, Vesak day, Thaipusam, tahun Baru Cina dan sebagainya. Perayaan ini jelas menunjukkan perayaan agama dan hukumnya adalah haram jika menghadirkan diri untuk menyambut sama perayaan yang mensyirikkan Allah SWT.

 

Kewajipan orang Islam agar tidak menghadiri perayaan tersebut. Larangan menghadiri perayaan mereka diambil daripada dalil-dalil berikut:-

 

1 – Rasulullah SAW bersabda, maksudnya ; “Barang siapa yang tasyabbuh dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan.” (HR Ibnu Hibban -Sahih)

 

2 – Ijma’ yang berlaku pada zaman sahabat dan tabien di mana tidak pernah berlaku para sahabat dan tabien hadir dalam perayaan-perayaan orang-orang kafir.

 

3 – Saidina Umar r.a. pernah meletakkan syarat yang kemudian dipersetujui oleh para sahabat dan fuqaha’ selepasnya bahawa ahli zimmah dari golongan ahli kitab tidak boleh menzahirkan perayaan mereka di dalam negara Islam. Sedangkan ahli kitab sendiri dilarang menzahirkan perayaan mereka, mengapa pula ada orang Islam beria-ia benar untuk mengadakan perayaan ini.

 

4 – Kata-kata Saidina Umar r.a:

Bermaksud: “Janganlah kamu mempelajari bahasa orang A’jam dan janganlah kamu memasuki gereja orang muysrik pada hari kebesaran mereka kerana kemurkaan Allah sedang menimpa mereka.” Catatan: Larangan mempelajari bahasa asing itu bukanlah larangan secara mutlak tetapi hendaklah ia di fahami sebagai berikut:-

 

i) Larangan menuturkan perkataan-perkataan A’jam yang langsung tidak diketahui maknanya kerana dikhuatiri ia membawa maksud yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya.

 

ii) Galakan untuk menutur dan menguasai bahasa Arab kerana ia merupakan syiar Islam.

 

5 – Kata-kata Abdullah b. Umar r.a:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang menetap di negara A’Jam dan mengadakan perayaan nairuz dan Mahrajan serta meniru mereka sehingga ia mati dalam keadaan demikian maka akan dihimpun bersama mereka pada hari kiamat.

Wallahu a’lam

-PRU14.TV
 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*