Anak Muda Wakil MIC Sokong PM Dalam Solidariti Pertahankan Bailtulmaqdis

Share This:

Parti MIC pada hari Jumaat lepas menunjukkan bahawa parti itu juga bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menentang tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lepas.

Pemimpin muda dari sayap Putera MIC, iaitu Ketua Putera MIC Bahagian Rasah Dineshwaran T Rajagopalu turut hadir di Masjid Putra di Putrajaya ketika Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis diadakan selepas solat fardhu Jumaat di masjid berkenaan.

Beliau yang juga Penasihat Putera MIC Bahagian Teluk Kemang menyuarakan sokongan dan pendirian tegas ketika bersama-sama Najib dan para pemimpin kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama-sama hadir dalam perhimpunan itu.

“Saya telah menyahut seruan dan hadir bersama-sama Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa untuk Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis,” kata Dineshwaran.

Kehadiran pemimpin muda MIC ini adalah bukti parti terbesar kaum India itu bersama-sama Najib dalam isu ini menentang sampai bila-bila tindakan Presiden AS, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis yang turut dikenali sebagai Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Dalam ucapan Najib yang turut disaksikan oleh Dineshwaran, Najib berkata ada tiga pendirian Malaysia dan ia tidak akan berubah sampai bila-bila dalam isu itu.

“Saya kata bahawa pendirian kita tegas dan konsisten. Kita menyokong usaha berterusan penubuhan sebuah negara Palestin yang bebas dan berdaulat.

“Kita juga kata bahawa negara Palestin yang berdaulat mestilah kembali kepada persempadan 1967, kita tidak mahu Palestin yang semakin menguncup, itu bukan Palestin yang kita tuntut, kita tuntut Palestin yang berdaulat lagi bermaruah.

“Kita mahu Jerusalem (Baitulmaqdis) Timur sebagai ibu negara Palestin, tiga perkara ini kita tidak akan berganjak, buat apa sekalipun kita tak akan berganjak,” kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir dalam perhimpunan itu dan turut menghadiri program forum yang diadakan sebelum perhimpunan itu diadakan.

Dalam pada itu, Dineshwaran berkata dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 128 buah negara mengundi menyokong Resolusi untuk menolak keputusan AS berkenaan yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Baitulmaqdis dan Jerusalem adalah sebuah bandar yang terletak dalam negara Palestin yang menempatkan lokasi suci tiga agama di dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*