Tewaskan PTT, Exchange 106 Kini Tertinggi Di Malaysia

Share This:

Menara Berkembar Petronas (PTT) kini bukan lagi bangunan tertinggi di Malaysia selepas menara baru, Exchange 106 menewaskan pencakar langit itu yang menjadi mercu tanda negara.

 
Memetik Malay Mail Online, menara baru setinggi 106 tingkat itu dibina anak syarikat Mulia Group dari Indonesia, di Tun Razak Exchange (TRX).
 
Bukan sahaja di Malaysia, malah Exchange 106 merupakan bangunan tertinggi di Asia Tenggara.
 
Sehingga kini, ia sudah mencapai ketinggian 450 meter dalam tempoh 19 bulan sejak mula dibina pada Mei tahun lalu oleh Mulia Property Development Sdn Bhd dan dijangka siap pada Jun 2018.
 

 

 
“Exchange 106 menarik perhatian dalam tempoh 12 bulan lalu, menjadi penanda aras industri untuk kaedah kerja, kualiti bahan dan paling ketara kepantasan ia dibangunkan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
 

KLCC yang dibina dengan ketinggian 452 meter itu pernah menjadi pencakar langit tertinggi di dunia antara 1998 hingga 2004.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*