Tak Serik, Ulat Bangla Bikin Onar Lagi

Share This:

Sebelum ini mereka berkeliaran di sekitar Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang.

Kini geng ‘ulat’ bangla telah mengubah lokasi ke premis perniagaan yang terdekat.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, ejen haram ini  menawarkan khidmat mengurus dokumen bagi urusan memperbaharui dan membuat pas perjalanan di pejabat pesuruhjaya itu sejak awal tahun ini.

Walau bagaimanapun selepas tujuh ejen haram ditahan, mereka ‘senyap’ untuk beberapa minggu sebelum kembali lagi sekarang.

Sumber yang dikenali sebagai Akbar berkata, operasi ejen haram Bangladesh itu beralih ke premis perniagaan seperti restoran dan kedai baik pulih motosikal.

“Mereka bagai tidak serik dan masih meneruskan kerja haram itu,” katanya.

Tambahan lagi, restoran yang digunakan untuk melakukan aktiviti itu juga menggunakan tanda dalam bahasa Bangladesh dan dikendalikan rakyat asing secara haram.

Tanpa takut, pengurusan restoran turut menjalankan operasi menyediakan perkhidmatan mencetak gambar pasport dan lain–lain perkhidmatan bertujuan membantu ejen haram.

Suasana di sekitar Leboh Pudu itu juga tidak ubah seperti ‘mini Dhaka’ apabila warga asing berniaga dan membanjiri kawasan itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*