Sorok Bola, Morata Didenda

Share This:

PENYERANG Chelsea, Alvaro Morata didenda gara-gara menyorok bola selepas menjaringkan gol.

Jaringan Morata pada minit terakhir Piala Carabao (Piala Liga) sekaligus memberi kemenangan 2-1 ke atas Bournemouth dan mara ke separuh akhir.

Namun tindakan Morata yang menyorok bola dalam jersinya itu membawa padah kerana dikenakan tindakan oleh pengadil.

Morata bertindak demikian ketika meraikan jaringan bagi menggambarkan isterinya yang sedang mengandung.

Dia digantung satu perlawanan dan terlepas aksi Liga Perdana bertemu Everton minggu ini.

Manakala Chelsea bakal berdepan Arsenal pada aksi separuh akhir Piala Liga selepas ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*