Potongan Cukai Diberikan Kepada Insurans Idemniti Bagi Melindungi Golongan Profesional

Share This:

Terdapat polisi insurans yang perlu diambil oleh golongan professional bagi tujuan melindungi dirinya daripada liabiliti atau risiko disaman atas dakwaan kecuaian, kesilapan atau pelanggaran tugas semasa mempraktikkan profesionnya atau menjalankan perniagaannya.

Contoh insurans terbabit seperti Insurans Idemniti Profesional (IIP) boleh melindungi kos mempertahankan dakwaan dan kos gantirugi jika berlaku kejadian yang tidak di ingini.

Sesetengah profesion menghendaki ahlinya membeli IIP seperti dinyatakan dalam undang-undang kecil atau peraturan profesion itu. Contoh profesion tersebut ialah doktor perubatan, akauntan dan peguam.

Dalam senario, seorang akauntan telah memberi nasihat mengenai suatu urus niaga kewangan kepada seorang pelanggan yang kemudiannya mengalami kerugian wang selepas bertindak atas nasihatnya.

Pelanggan tersebut berkemungkinan memfailkan saman terhadap akauntan berkenaan kerugian wang dalam transaksi tersebut dan menuntut pampasan daripadanya kerana akauntan tersebut telah memberi nasihat tanpa kecermatan dan perhatian sewajarnya.

Bagi pembayaran premium IIP untuk pengamal profesional ini dibenarkan potongan cukai sekiranya individu professional ini menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan professionnya.

Begitu juga jika berlaku sesuatu bayaran gantirugi yang diterima daripada tuntutan ke atas insurans tersebut, prosid yang diterima oleh pihak professional akan dikenakan cukai. Namun begitu jumlah prosid yang dibayar sebagai gantirugi kepada pihak yang menuntut dibenarkan sebagai potongan terhadap pendapatan kasar dari perniagaan pihak professional itu.

Makluman terperinci ini boleh dirujuk di dalam laman sesawang http://www.hasil.gov.my atau merujuk kepada dokumen penerbitan yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*