Perkarangan Masjid Putra Mula Dibanjiri Warna Putih

Share This:

Untuk kali kedua dalam tempoh 2 tahun, satu lagi himpunan yang menghimpunkan umat Islam di negara ini dianjurkan. Kali pertama himpunan seumpama ini diadakan di Stadium Mini Titiwangsa bagi menyatakan solidariti untuk etnik Rohingya yang begitu hebat diganyang oleh tentera Myanmar pada 4 Disember tahun lalu.

Hari ini, satu lagi himpunan di adakan di Perkarangan Masjid Putra, Putrajaya yang mana kali ini, himpunan ini untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin setelah Amerika Syarikat telah mengiktiraf keseluruhan Baitulmaqdis adalah ibu negara baru Israel.

Menariknya, kedua-dua himpunan solidariti ini telah menyatukan kedua-dua buah parti politik berasaskan Islam iaitu UMNO dan PAS di pentas yang sama. Malah, penyokong kedua-dua buah parti ini juga dijangka bakal membanjiri perkarangan Masjid Putra bagi menyatakan sokongan terhadap nasib umat Islam di Palestin.

Tinjauan penulis mendapati, orang ramai telah mula membanjiri perkarangan masjid ini seawal jam 9 pagi. Masing-masing mengenakan baju berwarna putih, sesuai dengan warna tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Malah, sesi ceramah khas mengenai Palestin yang diadakan di ruang solat Masjid Putra juga turut dipenuhi oleh muslimin dan muslimat yang nyata cukup teruja dengan penganjuran himpunan solidariti seumpama ini.

Dijangkakan, perkarangan Masjid Putra ini akan dipenuhi oleh orang ramai pada majlis rasmi himpunan yang dijangka akan bermula sekitar 2 petang ini. Dijangkakan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir bersama-sama para pemimpin tertinggi kedua-dua parti berkenaan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*