Penyatuan Umat Islam Bebaskan Palestin – PM

Share This:

 

Dalam perhimpunan solidariti di Masjid Putra,petang tadi, Datuk Seri Najib Razak menegaskan hanya solidariti dan penyatuan umat Islam seluruh dunia mampu membebaskan Palestin daripada kezaliman rejim zionis Israel.

 

Menurut sumber akhbar ,Perdana Menteri berkata, solidariti seluruh umat Islam tanpa mengira perbezaan dan fahaman politik adalah ‘ubat’ yang dapat menghapuskan kezaliman Israel di Palestin.

 

“Sebelum terlambat, sedarkanlah umat Islam bahawa ubatnya tidak lain dan tidak bukan ialah solidariti umat Islam, solidariti kita.

 

“Lupakanlah sengketa politik sesama kita. Dalam hal ini dan banyak hal lain kita boleh bersatu padu. Tidak kira kita baju hijau ke, baju merah ke, oren ke atau apa-apa warna, asalkan kita ada niat yang sama, itu saja ubatnya.

 

“Kita akan jadikan ini sebagai tsunami kebangkitan umat Islam. Solidariti rahmat di sebalik isu ini, kita boleh jadikan ini sebagai pemangkin kepada solidariti umat Islam di bumi Malaysia dan seluruh dunia.

 

“Saya menyeru umat Islam dan rakyat tidak kira di Malaysia atau di mana juga berada, ayuhlah kita hapuskan segala kezaliman zionis.

 

“Bersama kita berusaha dan berdoa kepada Allah agar umat Palestin dijauhi dari mara bahaya,” katanya pada Himpunan Perdana: Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di perkarangan Masjid Putra di sini hari ini.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*