Nak Main Sorok-sorok Sangat , Kan Dah Kena…

Share This:

SEORANG budak lelaki berusia sembilan tahun yang bermain sembunyi-sembunyi di rumah datuknya terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba selepas dia bersembunyi dalam peti keselamatan.

Budak lelaki itu bermain dengan abangnya di Lichterfelde, Berlin, ketika dia menjumpai tempat persembunyiannya.

Malangnya, pintu peti keselamatan yang tidak digunakan itu tertutupdan menyebabkan dia terkunci.

Selepas tempat persembunyiannya diketahui, dia masih belum boleh diselamatkan kerana hanya datuknya yang mengetahui tentan kod kemasukan kod keselamatan tersebut dan sedang berada di luar kawasan.

Tanpa pilihan lain, keluarga budak tersebut terpaksa meminta pertolongan daripada pasukan bomba.

Ia mengambil masa selama tiga jam untuk menguji tarikh kelahiran keluarga dengan harapan dapat membongkar kod kemasukan rahsia peti keselamatan itu, sementara oksigen dipam ke dalam peti keselamatan melalui retakan kecil sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada saat pasukan penyelamat itu mahu memecahkan peti keselamatan tersebut, tiba-tiba mereka berjaya memasuki kod enam angka yang betul.

Anggota bomba yang terlibat berkata, kanak-kanak itu tetap tenang sepanjang insiden itu berlaku dan terkejut, namun tidak mengalami kecederaan. – Sky News

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*