Malaysia Tidak Gentar Dengan Ugutan Amerika – Zahid

Share This:

Isu membabitkan Baitulmaqdis memang cukup pantas menarik perhatian dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali dari memberi reaksi keras terhadap kebiadaban Amerika Syarikat dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel yang turut mahu memindahkan kedutaan Amerika ke kota ketiga paling suci umat Islam.

Baru-baru ini, Amerika buat kesekian kalinya telah menggunakan kuasa veto mereka di perhimpunan khas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membincangkan isu membabitkan Baitulmaqdis. Malah, lebih biadab lagi wakil Amerika ke PBB, Nikki Haley memberitahu, Presiden Amerika, Donald Trump mengeluarkan arahan untuk mencatat nama negara yang menyokong satu resolusi yang menentang apa yang telah di buat oleh Trump dan Amerika.

Ketika mengulas tentang perkara ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, tiada sebab untuk Malaysia berasa bimbang dengan ugutan Amerika kerana Malaysia bukan negara yang terlalu bergantung kepada Amerika.

Malah, beliau menegaskan, pendirian Malaysia amat jelas berhubung isu ini dan pendirian Malaysia tidak berganjak dari terus memberi sokongan kepada Palestin bagi menuntut hak keatas Baitulmaqdis.

Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa terkilan denga sikap Amerika yang terus menerus menekan Palestin dan mengabaikan segala ketetapan yang telah dibuat oleh OIC yang telah melakukan persidangan tergempar, baru-baru ini. Namun begitu, beliau percaya, Palestin tidak keseorangan dalam isu ini kerana dunia masih memihak kepada hak Palestin menuntut sepenuhnya Baitulmaqdis

Untuk rekod, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam telah mengadakan satu lagi sidang khas bagi membincangkan isu Baitulmaqdis. Sebanyak 128 buah negara telah menyokong penolakan pengisytiharan Amerika terhadap Baitulmaqdis dengan China, Russia, Jerman dan Perancis antara negara yang menyokong resolusi ini, 35 buah negara termasuk Amerika dan Israel menolak resolusi dan 9 buah negara memilih untuk berkecuali.

Inilah pendirian Malaysia yang masih kekal komited dengan hak umat Islam di Palestin terutamanya jika ianya membabitkan Baitulmaqdis. Walaupun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Amerika, itu tidak bermakna, Malaysia sewenang-wenangnya menyokong apa jua tindakan Amerika. Kita masih mempunyai pendirian yang jelas dan tidak ada apa yang merubahnya terutamanya jika isu itu membabitkan umat Islam, Baitulmaqdis dan Palestin.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Malaysia Tidak Gentar Dengan Ugutan Amerika – Zahid

  • December 22, 2017 at 11:19 pm
    Permalink

    US ingat depa control semua… Kalau JORDAN boleh lah nak ugut macam tu 😁

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*