Mahathir Buntu Mahu Salahkan Siapa, Patutnya Salahkan Diri Sendiri

Share This:

 

Semalam, Dr. Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian berhubung skandal forex itu ke atas Datuk Abdul Murad Khalid , de­ngan mendakwa bekas Penolong Gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memi­lih untuk berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.

 

Mahathir seolah-olah buntu mahu salahkan siapa dan lebih meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada mencari kebenaran.

 

Menurut Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak juga berkata semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad melakukan serangan yang ‘tidak kena pada tempatnya’ apabila beliau menempelak bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia,Datuk Murad berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM31.5 billion.

 

Untuk pengetahuan ,sebelum ini RCI (Royal Commision of Inquiry) ditubuhkan apabila Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang itu sendiri yang mahu membuka semula siasatan terhadap skandal forex RM30 bilion tukaran wang asing 1992 jika berjaya mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu bagi membolehkan siasatan mengenai kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-and dan ianya diteruskan bagi merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu yang telah dilalui pada era Mahathir.

 

Namun, Dr. Mahathir kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr. Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.

 

Dalam skandal forex, turut disiasat ialah, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Aktar Aziz untuk meneliti skandal urus niaga mata wang asing forex yang melibatkan berjuta-juta dolar pada 1990-an semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

 

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Petugas-Petugas Khas yang membuat siasatan kes itu mendapati kerugian akibat urus niaga itu lebih besar.

 

Beberapa individu lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah dipanggil untuk siasatan.

 

Manakala Dr Mahathir pula menyatakan yang beliau tidak tahu dalam skandal tersebut walaupun ianya berlaku pada era beliau memerintah.

 

Menurut sumber berkata, hasil laporan yang dikeluarkan pada 30 Nov 2017 lalu, Mahathir dan Anwar dikatakan mungkin bersubahat dengan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan menyembunyikan beberapa fakta daripada kabinet.

 

Kedua-dua langkah itu adalah kesalahan bawah Kanun Keseksaan,RCI juga mencadangkan Nor Mohamed juga turut disiasat bawah tuduhan pecah amanah kerana kerana melanggar Ordinan Bank Pusat 1958.Daim adalah menteri kewangan sehingga tahun 1991 sebelum digantikan Anwar.

 

Pada awal Dec 2017, RCI terhadap skandal Forex -Bank Negara Malaysia (BNM) yang dibentangkan di Dewan Rakyat telah menggesa polis untuk menyiasat bekas perdana menteri Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Memetik sumber berkata, dalam buku laporan bertajuk “Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990-an”, RCI turut menggesa polis menyiasat ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

 

Persoalannya,apakah Mahathir buntu mahu salahkan siapa dan akhirnya menyalahkan bekas Penolong Gabenor BNM itu pula? Adakah kepentingan politik menjadi keutamaan daripada mencari kebenaran?

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*