Lemar Sudah Buat Pilihan

Share This:

BINTANG sensasi Monaco, Thomas Lemar sudah membuat pilihan mengenai kelab Liga Perdana Inggeris yang akan disertainya bulan depan.

Lemar, 22, menjadi buruan Arsenal pada musim panas lalu tetapi kegagalan Alexis Sanchez berhijrah ke Manchester City menyebabkan perpindahan tersebut tidak dimuktamadkan.

Difahamkan The Gunners bersedia mengemukakan tawaran baharu kepada Lemar tetapi Arsenal Wenger mendapat saingan sengit daripada Liverpool dan juga Chelsea.

The Independent melaporkan pemain kebangsaan Perancis itu menjadikan Liverpool sebagai pilihan utamanya.

Lemar dianggarkan bernilai 90 juta pound sterling.

Jurgen Klopp mahu membawa masuk Lemar ke Anfield bagi mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Philippe Countinho.

Ditanya mengenai masa depannya, Coutinho berkata dia sentiasa mahu menikmati kariernya bersama Liverpool.

“Saya suka bermain bola sepak dan setiap kali saya berada di atas padang, saya akan cuba lakukan yang terbaik,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*