Kes Bunuh Di Stesen Minyak Johor : 13 Individu Ditahan

Share This:

 

Setakat ini, polis berjaya menahan 13 individu yang melibatkan sembilan lelaki dan empat wanita bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, Ahad lepas.

 

Menurut sumber, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua mereka berumur lingkungan 16 hingga 26 tahun.

 

“Semalam (20 Dis) polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita di Pulau Pinang, manakala empat lelaki dan tiga wanita lagi ditahan di Singapura dengan bantuan pasukan polis negara itu.

 

“Terkini, pada hari ini (21 Dis), empat lelaki ditangkap di kawasan Johor oleh Pasukan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan sembilan lelaki dan empat wanita,” katanya dalam kenyataan semalam.

 

Mohd Khalil berkata polis masih lagi meneruskan siasatan untuk mengesan beberapa lagi suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

 

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam Ahad lepas, seorang lelaki berumur 40-an mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta yang dinaiki empat lelaki.

 

Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengesahkan kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap.

 

Hari ini, Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan permohonan polis untuk menahan reman enam individu melibatkan lima lelaki dan seorang wanita.

 

Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.

 

 

 

 

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*