Hak Tanah Perlu Dikembalikan Kepada FELDA – Tan Sri Shahrir Samad

Share This:

 

FELDA akan berusaha sedaya mungkin dalam memastikan tanah mereka yang hampir tergadai dalam projek Kuala Lumpur Vertival City (KLVC) dikembalikan hak dan kuasa kepada FELDA semula.

 

Menurut sumber berkata,  Tan Sri Shahrir Samad menegaskan bahawa segala proses mengembalikan tanah tersebut telah dilakukan termasuk laporan polis keatas Syarikat Synergy Promenade.

 

Tanah berkeluasan 16.43 ekar (Pecah 4 Perjanjian Jual Beli) yang bernilai RM270 juta itu dipindah milik kepada syarikat berkenaan.

 

“Saya terpegun kerana tanah milik Institusi Kerajaan(FELDA) begitu senang proses penjualan dan pindah milik.

 

Apa yang menarik dari nilai jualan itu, tiada satu transaksi berlaku yang membawa maksud FELDA belum terima apa-apa duit hasil penjualan Tanah”, Tan Sri Shahrir Samad.

 

Berita Harian hari ini mendedahkan pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Cor-poration Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

 

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.

 

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Razali Ibrahim berkata, Perdana Menteri maklum akan hal ini pada Febuari yang lalu dan telah menasihatkan beberapa perkara dalam memastikan tanah tersebut dikembalikan.

 

Laporan Polis dibuat tidak dinamakan sesiapa didalam Lembaga Pengarah ketika itu kerana kita telah berunding dengan Syarikat berkenaan tetapi gagal mencapai sebarang keputusan.

 

“Saya ingin tegaskan ada 3 perkara mustahak yang rakyat perlu tahu dalam kes ini, yang pertama kita telah “Private Caveat” tanah tersebut ,yang kedua laporan polis telah dibuat keatas syarikat terbabit kerana rundingan untuk serah semula gagal, yang ketiga audit penuh (Januari) keatas segala hal yang berkaitan penjanjian dan penjualan tanah tersebut”, Datuk Wira Razali Ibrahim.

 

Beliau turut menegaskan, FELDA tidak berminat dalam soal urusan wang dan pembangunan ditanah tersebut kerana apa yang menjadi keutamaan sekarang hak Tanah tersebut dikembalikan kepada FELDA.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*