Bakar Isteri, Suami Dakwa Kedua-Duanya Tidak Menggembirakan

Share This:

Seorang suami bertindak membakar isteri-isterinya selepas mendakwa ibunya tidak menyukai kedua-duanya.

Kejadian yang berlaku di Rajasthan, India itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut.

Hindustan Times melaporkan, Deepa Ram menaiki kereta bersama dua isterinya, Daria Devi, 25, dan Mali Devi, 27, kononnya mahu membawa mereka untuk membeli barang kemas.

Walau bagaimanapun dia memberhentikan kereta di kawasan terpencil, mengunci mereka di dalam dan membakarnya.

Turut berada dalam kereta adalah anak mereka yang baru berusia setahun.

Bapa kepada tiga anak itu mengaku yang kedua-duanya tidak dapat menggembirakan hatinya dan juga ibunya.

Superintendan Polis Jalore, Binja Ram berkata, “Salah seorang isterinya berjaya keluar dari kereta untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai.

“Namun dia segera memaksa isterinya masuk semula ke dalam kenderaan itu dan memecut ke kawasan terpencil.

“Dia kemudiannya keluar sambil mengunci mereka lalu membakar kereta berkenaan,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*