Swansea Buang Paul!

Share This:

SWANSEA City telah memecat pengurusnya, Paul Clement selepas mengalami permulaan yang buruk pada musim ini.

Pengerusi, Huw Jenkins mengesahkan berita tersebut di laman web kelab itu dan berkata: “Untuk mengubah pengurus, terutama pada pertengahan musim ini adalah perkara terakhir yang ingin kami lakukan sebagai sebuah kelab.

“Kami mempunyai tiga pengurus yang berbeza musim lalu dan kami semua mahu memberi Paul banyak masa untuk mengubah keadaan.

“Tetapi kami merasakan kami tidak boleh membiarkannya lagi dan perlu membuat perubahan untuk memberi kami peluang terbaik dalam meningkatkan prestasi kelab di Liga Perdana.”

“Paul telah berada di kelab ini selama 12 bulan dan apa yang dicapai pada babak kedua musim lalu untuk memastikan kami berada di puncak teratas adalah prestasi hebat.

“Kami berharap Paul memperoleh segala kejayaan dalam kerjayanya,” Kata Jewkins. – Eurosport

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*