Suami Ketagih Tengok Isteri Lakukan Seks Dengan Lelaki Lain

Share This:

Gila! Lelaki zalim, tergamak membiarkan isteri dinodai lelaki lain semata-mata untuk memuaskan nafsu seksualnya yang pelik!

 
Harian Metro melaporkan, suspek berusia 40-an itu berasa ghairah apabila menonton isterinya melakukan seks dengan lelaki lain. Lebih parah, suspek sanggup mempelawa rakannya ke kediaman mereka di Taman Sri Putra.
 
Ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini apabila suspek membawa mangsa ke pusat urut di bandar Rawang dan memaksanya mengadakan hubungan seks dengan tukang urut lelaki.
Menurut sumber polis, suspek yang bekerja sendiri itu pernah membawa rakannya menumpang tidur di rumah mereka dan memaksa isteri melakukan perbuatan terkutuk itu dengan lelaki terbabit.
 
“Mangsa yang juga suri rumah dipukul sekiranya menolak kemahuan suaminya itu,” katanya.
 
Difahamkan, rakan suspek turut menetap di rumah pasangan itu sejak dua tahun lalu dan mengadakan hubungan seks dengan mangsa.
 
“Lebih menyedihkan, apabila suami mangsa turut membawa lelaki warga asing dari Vietnam, Bangladesh dan Indonesia ke rumahnya untuk mengadakan hubungan seks dengan isterinya,” katanya.
 
Mangsa kemudian melarikan diri kerana tidak tahan dengan nafsu pelik suami, lalu membuat laporan di Balai Polis Kuang, pada Isnin.
 

Berikutan itu, suspek ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*