Suami Bernafsu Buas Bila Lihat Isteri ‘Diratah’ Lelaki Lain

Share This:

 

Seorang wanita terpaksa menanggung derita selama dua tahun, akibat kecenderungan seks suaminya yang pelik iaitu bernafsu melihat isterinya melakukan hubungan seks bersama lelaki lain.

 

Jika menolak, wanita tersebut akan dipukul oleh suaminya.

 

Tidak mampu untuk menahan ujian getir itu lagi, wanita itu akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Kuang di Gombak, yang membuatkan lelaki itu akhirnya ditangkap semalam (Rabu), lapor Harian Metro.

 

Difahamkan, lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu akan menjemput rakan-rakan ke rumahnya di Taman Sri Putra dan memujuk mereka untuk bersetubuh dengan isterinya.

 

Menurut sumber berkata, baru-baru ini menurut sumber pihak polis, lelaki itu telah bertindak lebih dahsyat lagi iaitu memaksa isterinya untuk ikut ke sebuahrumah urut di Rawang, di mana dia kemudiannya telah memaksa wanita itu untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang tukang urut lelaki.

 

“Sebelum ini, lelaki itu pernah menjemput rakannya bermalam di rumah dan kemudian memaksa isterinya untuk berasmara bersama rakannya itu.

 

“Wanita tersebut, seorang suri rumah, akan dipukul jika dia menolak permintaan suaminya,” kata sumber itu lagi.

 

Tambah sumber itu lagi, salah seorang rakan kepada lelaki itu, yang telah menetap di rumah kelamin mereka sejak dua tahun lalu, turut mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

 

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu turut membawa balik lelaki berbangsa Vietnam, Bangladesh dan Indonesia ke rumahnya untuk mengadakan hubungan seks bersama isterinya!

 

Berikutan laporan polis yang dibuat oleh wanita itu, lelaki tersebut dan rakannya telah ditahan bagi siasatan lanjut.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*