Sesi Pertemuan Mufti Dengan Transgender Dianggap Negatif

Share This:

Sesi pertemuan Mufti Wilayah Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dengan kumpulan transgender atas kerjasama Pertubuhan Kebajikan Dan Kesihatan Umum Malaysia (PKKUM) dengan Syed Azmi Alhabshi yang terkenal suatu ketika dulu dengan sesi sentuh anjing dikalangan Muslim, digambarkan dengan nada negatif oleh media.

 

Seperti yang dilaporkan oleh The Star kelmarin, Mufti Wilayah dikatakan tidak dapat menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan kumpulan transgender walaupun majlis yang sedikit panas itu berakhir dengan harmonis.

 

Menurut sumber, Mufti Wilayah juga dilaporkan ‘ditempelak’ oleh hadirin transgender apabila menasihatkan pelaku transgender supaya tidak melacurkan diri dan mencari pekerjaan lain yang lebih murni dan halal.

 

Kumpulan transgender menegaskan keadaan yang seolah-olah memaksa mereka menjadi pekerja seks. Walaupun niat baik Mufti Wilayah cuba meyakinkan semua bahawa kedatangan beliau hari ini bukanlah untuk menghina, menghakimi atau menghukum tetapi mencari kebersamaan.

 

Sambil memberi contoh pengarang buku fantasi Harry Potter, J.K Rowling yang berjaya setelah ditinggalkan suami. “Kita datang bukanlah untuk mencari salah atau menuding jari siapa menang dan siapa kalah.”

 

Bagaimanapun, PKKUM dan Pejabat Mufti Wilayah dikatakan akan memanjangkan kerjasama ini dan mencari jawapan kepada persoalan yang dikongsikan. Mufti Wilayah yang melawat pusat PKKUM di Chow Kit juga dilaporkan menjemput gologan LGBT untuk melawat pejabatnya kelak.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*