Saman Bukan Bererti Segala Perkara Akan Lenyap Begitu Sahaja

Share This:

Sejak berpuluh tahun penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arena politik, inilah kali kedua dia bertindak menyaman orang. Kali pertama semasa dia cuba menyaman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa isu membabitkan sumbangan derma dari keluarga DiRaja Arab Saudi bernilai RM 2.6 bilion dan kali kedua, baru-baru ini.

Kali pertama tindakan Mahathir bersama bekas Ketua Srikandi PPBM, Anina Saaduddin dan Datuk Seri Khairuddin Abu Bakar menyaman Datuk Seri Mohd Najib menemui kegagalan setelah Anina sendiri menarik balik saman berkenaan sebelum mahkamah memutuskan tiada kes untuk pihak mahkamah meneruskan prosiding.

Kali ini, saman ditujukan kepada semua anggotan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang menjalankan siasatan skandal Forex, Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan Malaysia. Alasan yang dikemukakan adalah, RCI membentangkan laporan siasatan berkenaan tanpa mengemukakan bersama bukti-bukti yang menyokong hujah-hujah panel berkenaan.

Malah, dalam saman berkenaan juga, Mahathir mendakwa, terdapat banyak elemen yang tidak dimasukkan dan lebih menjurus kepada untuk menyalahkannya dalam kes kehilangan RM 32 bilion wang forex yang berlaku antara tahun 1992 hingga 1994.

Secara kasarnya, jika mereka tidak memahami atau terlalu mengagungkan Mahathir, mereka mungkin menyatakan bahawa Mahathir mempunyai asas terhadap saman berkenaan. Hakikatnya, jika mereka memahami keadaan sebenar perkara berkenaan, Mahathir sengaja mewujudkan saman berkenaan hanya semata-mata mahu orang ramai tidak melihat sendiri laporan siasatan berkenaan atau memperkatakan tentangnya.

Paling utama, RCI ditubuhkan adalah untuk menyiasat dan memberkan cadangan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan susulan jika berlaku sebarang perkara yang meragukan. RCI tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukum kerana nama suruhanjaya itu sendiri adalah siasatan DiRaja, bukan penjatuh hukuman DiRaja.

Mengambil contoh RCI berhubung pemberian kad pengenalan kepada rakyat Sabah, RCi hanya membentangkan hasil siasatan sebelum ianya di cadangkan kepada kerajaan untuk tindakan susulan. Terpulanglah kepada kerajaan samada mahu mengambil tindakan atau pun tidak. Justeru, timbul persoalan, kenapa Mahathir begitu melatah apabila RCI membacakan hasil siasatan mereka kepada umum seperti yang diarahkan oleh Yang DiPertuan Agong?

Mahathir tidak perlu melatah sebenarnya kerana semua hasil siasatan dan prosiding siasatan berkenaan terkandung dalam satu buku yang boleh didapati oleh ramai pihak. Mungkin Mahathir merasakan tindakan saman berkenaan untuk menutup mulut rakyat biasa dari memperkatakan tentangnya. Tambahan pula, PRU ke 14 semakin hampir dan sudah semestinya dia ingin menjaga maruahnya dari terus tercemar akibat skandal Forex.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*